![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAW5ahlChpJQuk_n58rR4Z1x4BECLmuseRwkF6-yknDmKarMAa_yP31NbcepJJVTOfflpVeHdp111pQhD4dKqH5qQqKsa_wKH6UDa3jU_iAWOgTHzBBeBvJ43f_geAvwze_Z2hyphenhyphentXGdWk/s320/thumbnail.aspx.jpg)
Jenis virus yang lain adalah ulat. Atur cara ini merosakkan dengan memenuhi sistem computer dengan maklumat yang disalin sendiri,menyumbat sistem agar operasinya perlahan atau berhenti. Ulat yang paling terkenal kemudaratannya ialah Internet Worm. Dalam tahun 1988, ia merebak merentasi Amerika Utara,memberhentikan ribuan komputer sepanjang perjalanannya.
Virus dan ulat selalunya berada dalam mikrokomputer melalui salinan cakera liut atau atur cara yang dimuat turun melalui Internet.Oleh kerana virus mengakibatkan sesuatu yang serius yang mana sesetengah virus boleh memusnahkan semua maklumat yang ada pada satu sistem,pengguna komputer dinasihatkan berhati-hati semasa menerima ataur cara baru dan data dari sumber lain.
Aturcara pengesan yang dipanggil penyemak virus wujud untuk memberitahu pengguna apabila jenis virus tertentu memasuki sistem.Tiga penyemak virus yang meluas digunakan ialah Dr.Soloman Anti-Virus,Mc Afee VirusScan,dan Norton AntiVirus. Malangnya, virus baru dibangunkan setiap masa dan tidak semua virus boleh dikesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan