15 Mac 2011
Computer Ethics
12 Mac 2011
Mengenali apa itu "Trojan horses"
"Digital Trojan Horse, as sneaky as in old Troy"
"Don't be like the Trojans, don't open your gates to invaders"
Apabila mangsa telah terkena salah satu dari program ini, si pengirim trojan dapat mengendalikan komputer mangsa dari jauh dengan membuka port-port tertentu dengan niat memusnahkan dari jauh.
http://www.linux4windows.com/Articles/trojan_horse_software.html
Setelah mengetahuinya, tentu sekali kita perlu lebih peka dengan pelbagai jenis software atau program-program lain yang boleh diperolehi dengan mudah dan percuma melalui internet. Jadi, berhati-hatilah...!!
07 Mac 2011
Virus
Jenis virus yang lain adalah ulat. Atur cara ini merosakkan dengan memenuhi sistem computer dengan maklumat yang disalin sendiri,menyumbat sistem agar operasinya perlahan atau berhenti. Ulat yang paling terkenal kemudaratannya ialah Internet Worm. Dalam tahun 1988, ia merebak merentasi Amerika Utara,memberhentikan ribuan komputer sepanjang perjalanannya.
Petua
Virus yang biasa ditemui.
| Nama | Penerangan |
| Concept | Menyebabkan templet Word normal.dot memaparkan kotak yang mengandungi nombor 1;mengjangkiti semua dokumen yang disimpan menggunakan perintah Save As |
| Cap | Menggantikan semua makro Word dengan makronya sendiri |
| Wazzu | Merosakkan setiap dokumen pemproses kata Word yang anda buka dengan memindahkan sekitar perkataan dan secara rawak memasukkan perkataan Wazzu |
| NPAD | Memaparkan mesej “ DOEUNPAD94,v2.21” pada setiap kali ke 23 anda membuka dokumen pemproses kata Word |
| MDMA | Pada system yang menggunakan Windows 95,ia menukarkan kekunci,paparan,dan persediaan memasuki rangkaian ,dan menghapuskan fail Bantuan Windows dan fail sistem tertentu. |
Bagaimana virus komputer merebak?

1. Virus bermula apabila pengodam atau pengaturcara menulis atur cara yang menempatkannya kepada system pengendalian,aturcara lain,atau sebutir data.
2.Virus mengembara melalui cakera liut atau dimuat turun dari rangkaian atau papan bulletin di mana sahaja sistem pengendalian,atur cara,atau data digunakan.
3.Virus bertindak.Virus yang tidak merosakkan mungkin Cuma mencetak mesej ( “ Surprise! “ ).Virus yang merosakkan boleh memadamkan data,merosakkan atur cara,dan mungkin ( melalui pembacaan dan penulisan yang berulang kali pada tempat yang sama) melusuhkan cakera keras.Virus boleh dihentikan sama ada dengan had masa atau dengan operasi bersiri oleh penggguna.
05 Mac 2011
Cookies
04 Mac 2011
Jenis-jenis Ancaman Siber
HACKER Seseorang yang mahir dalam bidang komputer dan dapat memecah masuk dalam sistem komputer yang tidak dibenarkan dan menyalahi undang-undang.
SCRIPT KIDDIE Penceroboh komputer yang mempunyai sedikit atau tiada langsung kemahiran. Seseorang yang mudah mengikuti arahan tanpa memahami secara mendalam tentang makna langkah sepenuhnya.
SNEAKER Penceroboh komputer yang selalunya memeriksa sistem dengan pihak berkuasa yang sah ( seperti pemilik atau agensi penguatkuasaan undang-undang). Penceroboh ini kadang-kadang cuba memberi kesan yang minimum terhadap sistem.
WHITE HAT Merupakan hacker yang mencerobohi keselamatan tetapi melakukannya tidak untuk berniat jahat. White Hat mempunyai 1 kod yang jelas menyatakan etika dan berusaha melakukan agar dapat bekerja untuk mendapatkan kelemahan keselamatan sesuatu sistem,
Jika anda pernah mendengar atau terbaca mengenai jenis-jenis ancaman siber yang lain, diharap dapat dikongsikan bersama disini.Terima Kasih