I made this widget at MyFlashFetish.com.

Memaparkan catatan dengan label Chapter 7. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chapter 7. Papar semua catatan

07 Mac 2011

Monitor Panel Rata


Oleh kerana monitor tiub sinar katod ( CRT ) terlalu besar untuk diangkut,monitor mudah alih yang dikenali sebagai monitor panel rata atau monitor paparan hablur cecair ( LCD ) telah dibangunkan.Monitor panel rata adalah lebih nipis daripada CRT.Dahulu ia diguna ekslusif bagi computer mudah alih,tetapi sekarang monitor panel rata mula digunakan bagi sistem meja.

Terdapat dua jenis asas monitor panel rata iaitu matriks pasif dan matriks aktif.Monitor matriks pasif atau dwiimbas memapar imej denagan mengimbas keseluruhan skrin.Jenis ini memerlukan kuasa yang tersangat sedikit,tetapi kejelasan imej tidak begitu baik.Monitor matriks aktif atau transistor lapisan nipis ( TFT ) tidak mengimbas skrin sebaliknya setiap piksel diaktifkan secara tersendiri.Lebih banyak warna dengan kejekasan yang baik dapat dipaparkan.Monitor matriks aktif lebih mahal dan memerlukan labih kuasa.

Resolusi Komputer


Untuk menentukan resolusi computer,beberapa standard telah dibangunkan.Empat standard yang biasa digunakan ialah SVGA,XGA,SXGA,dan UXGA.

v SVGA ialah singkatan Super Video Graphics Array ( Tatasusunan Supervideo Grafik ).Ia mempunyai resolusi minima 800 x 600 piksel.Beberapa tahun dahulu,SVGA ialah standard yang paling popular.Sekarang ia hanya digunakan pada monitor 15 inci.

v XGA ialah singkatan Extended Graphics Array ( Tatsusunan Lanjutan Grafik ).Ia mempunyai resolusi sehingga 1,024 x 768 piksel.XGA ialah standart yang popular sekarang,terutamanya dengan monitor 17 dan 19 inci.

v SXGA mewakili Super Extended Graphics Array ( Tatasusunan Superlanjutan Grafik ).Standard ini mempunyai resolusi 1,280 x 1,024 piksel.Ia popular dengan monitor 19 dan 21 inci.

v UXGA ialah singkatan Ultra Extended Graphics Array ( Tatasusunan Ultralanjutan Grafik ).UXGA merupakan standard yang terkini dan tinggi.Walaupun tidak sepopular penggunaanya seperti Monitor XGA dan SXGA,ia dijangka meningkat popularitinya secara dramatic tambahan lagi monitor 21 inci semakin luas penggunaanya.Monitor UXGA terutamanya digunakan bagi reka bentuk kejuruteraan peringkat tinggi dan senilukis grafik.

28 Februari 2011

Petua Membersihkan Papan Kekunci


1. Tanggalkan.Matikan computer dan tanggalkan sambungan papan kekunci.
2. Vakum.Guna vakum atau pengering rambut untuk membuang zarah-zarah di papan kekunci.
3. Cuci kekunci.Guna kain lembut yang dilembapi dengan 90 peratus alcohol isopropyl,bersihkan secara perlahan permukaan papan kekunci.keringkan dengan berhati-hati dengan kain lembut yang lain.
4. Cuci permukaan.Guna kain lembut yang dilembapi dengan cecair pencuci,bersihkan permukaan papan kekunci.keringkan dengan kain lembut yang lain.
5. Sambung semula.Apabila kekunci dan permukaan kering sepenuhnya,sambungkan papan kekunci dan hidupkan semula.


Papan Kekunci

Peranti yang selalu digunakan dan paling popular iaitu papan kekunci untuk memasukkan data. 
Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu iaitu:-
a) menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan,untuk dihantar ke cpu bergantung kepada kekunci yang ditekan.
b)  bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
c)  mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama. 
d)  menyimpan secara sementara atau “menimbal”input jika kekunci ditaip terlalu pantas.

Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada  kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.  Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip.  Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY  ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.
Bagaimana pula komputer menerima data dari kekunci?
Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan pengimbal (buffer) kekunci.  Segala yang ditaip akan disimpan dalam pengimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.
 

Input and Output

Input can be defined as any data or instructions used by a computer. Input devices translate words, images, and actions into a form a computer can process.

The most common examples of input are keyboards, pointing devices, scanning devices, image capturing devices and audio-input devices.

While for Output can be defined as data or information processed by a computer. Output devices translate procesed text, graphics, audio, and video into a form humans can understand.

The most common examples of output are monitors, printers and audio-output devices.