I made this widget at MyFlashFetish.com.

07 Mac 2011

Monitor Panel Rata


Oleh kerana monitor tiub sinar katod ( CRT ) terlalu besar untuk diangkut,monitor mudah alih yang dikenali sebagai monitor panel rata atau monitor paparan hablur cecair ( LCD ) telah dibangunkan.Monitor panel rata adalah lebih nipis daripada CRT.Dahulu ia diguna ekslusif bagi computer mudah alih,tetapi sekarang monitor panel rata mula digunakan bagi sistem meja.

Terdapat dua jenis asas monitor panel rata iaitu matriks pasif dan matriks aktif.Monitor matriks pasif atau dwiimbas memapar imej denagan mengimbas keseluruhan skrin.Jenis ini memerlukan kuasa yang tersangat sedikit,tetapi kejelasan imej tidak begitu baik.Monitor matriks aktif atau transistor lapisan nipis ( TFT ) tidak mengimbas skrin sebaliknya setiap piksel diaktifkan secara tersendiri.Lebih banyak warna dengan kejekasan yang baik dapat dipaparkan.Monitor matriks aktif lebih mahal dan memerlukan labih kuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan