I made this widget at MyFlashFetish.com.

Memaparkan catatan dengan label Chapter 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chapter 2. Papar semua catatan

24 Januari 2011

Perbezaan di antara http:// dengan https://

Sering kali kita mengunjungi laman web dan tanpa kita sedari, terdapat perbezaan pada alamat di web browser yang dipaparkan..iaitu http:// dan https://. Jadi, tahukan anda apakah perbezaannya?

HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).
HTTPS pula terdapat tambahan huruf "S". "S" adalah singkatan daripada Secure. 

Sekiranya anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser yang biasanya dimulai dengan http://. Ini menunjukkan website ini berbicara dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.
Jadi, berhati-hatilah jika anda mengisi borang, memasukkan maklumat peribadi seperti nombor akaun dan kad kredit di laman web tersebut, seseorang mungkin sedang melihat maklumat peribadi anda.
Tetapi, jika alamat web bermula dengan https://, ini menunjukkan komputer anda sedang berbicara di laman web yang selamat dan tiada sesiapa yang boleh melihat dan mencuri maklumat peribadi anda.

23 Januari 2011

E-Dagang (E-Commerce)

E-Dagang boleh dimaksudkan dengan perniagaan atau perdagangan yang menggunakan peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan juga transaksi.


Melalui konsep E-Dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel, boleh memiliki organisasi/pejabat maya atau hanya beroperasi di rumah. Pasaran perniagaannya adalah lebih meluas iaitu serata dunia dan ianya berjalan 24 jam tanpa henti.


Selain itu, kaedah pembayaran di dalam bentuk baru ini (secara atas talian) ternyata amat murah dan mudah jika dibandingkan dengan kaedah pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai.


Sama seperti bentuk perniagaan konvensional yang ada sekarang, perniagaan melalui internet ini juga melibatkan antara dua pihak iaitu peniagaan dan pengguna. E-dagang terbahagi kepada 4 jenis iaitu :


1. Business-to-consumer (B2C) - Perniagaan ke Pengguna
2. Consumer-to-consumer (C2C) - Pengguna ke Pengguna
3. Business-to-business (B2B) - Perniagaan ke perniagaan
4. Consumer-to-business (C2B) - Pengguna ke perniagaan

Portal Web

Menawarkan pelbagai perkhidmatan ,termasuk e-mel,berita sukan terkini,data kewangan,berita semasa ,dan pautan kepada tapak Web yang terpilih.Ia direka bentuk untuk menggalakkan anda melawatnya setiap kali anda berada di Web dan menggunakannya sebagai get laluan kepada sumber-sumbernya.Terdapat 2 jenis portal.Portal mendatar direka bentuk untuk menarik ramai pengguna.Ia menawarkan perkhidmatan dan pautan kegemaran umum.Portal menegak mempersembahkan kandungan yang lebih fokus kepada beberapa kumpulan tertentu.
Jenis Tapak
Mendatar www.excite.com
Portal mendatar www.aol.com
Menegak untuk sukan www.cbs.sportsline.com
Menegak untuk berita www.usatoday.com
Menegak untuk computer www.zdnet.com

Pembankan Internet

Cabaran terunggul dagang elektronik ialah pembangunan kaedah pembayaran yang cepat,selamat dan dipercayai.Tiga cara pembayaran ialah cek,kad kredit,dan tunai elektronik.
  • · Pembayaran menggunakan cek ialah cara yang paling tradisional dan selamat.Tetapi pembayaran cara ini mengambil masa terlalau lama.Selepas memilih barangan,pembeli akan menghantar cek melalui pos.Setelah cek diterima,penjual akan mengesahkan kesahihan cek.Sekiranya sah kesahihan,barulah barangan yang dipesan dihantar.
  • · Pembelian dengan kad kredit adalah terpantas dan lebih mudah.Walau bagaimanapun,penipuan kad kredit merupakan masalah utama pembeli dan penjual.Penjenayah yang dikenali sebagai penjenayah kad kredit Internet pakar dalam mencuri,berdagang,dan menggunakan kad kredit yang dicuri melalui Internet.
  • · Tunai elektronik,atau e-tunai,konsep di Internet yang seakan tunai tradisional.Ia juga dikenali sebagai tunai siber atau tunai digital.Pembeli membeli e-tunai daripada pihak ketiga ( bank yang pakar dalam mata wang elektronik ) yang memindah wang daripada bank.Apabila pembeli membeli barangan menggunakan e-tunai,penjual akan menukar e-tunai ke dalam mata wang tradisional melalui orang ketiga.Walaupun cara ini tidak semudah pembelian dengan kad kredit,tetapi ia lebih selamat.

Perkhidmatan Internet

Terdapat pelbagai perkhidmatan yang wujud di Internet.Empat jenis perkhidmatan yang paling lazim digunakan ialah Telnet,FTP,Gopher dan Web.


Telnet
Banyak komputer di Internet yang membenarkan anda menyambungdan menjalankan beberapa atur cara dengannya.Telnet ialah perkhidmatan Internet yang membantu anda bersambung kepada computer lain ( hos ) di Internet,dan log kepada komputer tersebut seperti ia berada di bilik berhampiran anda.Terdapat beratus komputer di Internet yang membenarkan capaian ini.Sesetengahnya membenarkan capaian terhad tanpa bayaran dan yang lain mengenakan bayaran.


FTP
Protokol pemindahan fail ( FTP ) ialah perkhidmatan Internet yang memindahkan fail.Banyak komputer di Internet yang membenarkan anda menyalin fail ke komputer anda.Ini dipanggil pemuatan turun.Anda juga boleh menggunakan FTP untuk menyalin fail daripada komputer anda kepada computer di Internet.Ini dipanggil pemuatan naik.


Gopher
Gopher ialah aplikasi perisian yang menyediakan fungsi gelintar dan capaian tapak komputer tertentu berasaskan menu.Pada asalnya ia telah dibangunkan di Universiti Minnesota pada tahun 1991.Tapak Gopher di Internet mempunyai komputer yang menyediakan menu menerangkan sumber yang ada dan memberi pautan terus kepada sumber tersebut.


Web
Perkhidmatan Internet yang mendapat perhatian utama pada hari ini ialah Web.Web ialah antara muka yang wujud di Internet.


Telnet Jalankan atur cara dari computer jarak jauh
FTP Muat naik dan muat turun fail
Gopher Menyediakan menu untuk sumber yang wujud untuk satu tapak komputer
Web Menggunakan antara muka multimedia untuk memaut sumber yang ada di
seluruh dunia

Jaringan Sosial di Malaysia

Di Malaysia, trend ke arah komunikasi berbentuk jaringan boleh dilihat apabila semakin ramai yang menggunakannya. Ini disokong dengan laporan comScore World Matrix yang menunjukkan kadar penembusan jaringan sosial di Malaysia yang agak tinggi, iaitu 66.6 peratus―berada di belakang Singapura (74.3 peratus), dan Korea Selatan (68 peratus). Jika dilihat dari segi purata minit yang diluangkan terhadap jaringan sosial per pelawat, Malaysia menduduki tempat kedua dengan 181.2 minit selepas Korea (227.8 minit), diikuti dengan Singapura (175.6 minit). Ini menunjukkan masyarakat di Malaysia―serta negara Asia Tenggara yang lain―sedang mengalami transisi atau perubahan dalam bentuk komunikasi mereka yang menyaksikan pembentukan masyarakat jaringan yang menjadikan penggunaan media digital atau interaktif sebagai medium komunikasi utama mereka.
Di Malaysia, laman jaringan sosial yang paling popular ialah Facebook. Ini diikuti dengan YouTube, Friendster, MySpace, dan Tagged. Malah Twitter juga semakin popular sejak kebelakangan ini dan menduduki tempat kelapan sebagai laman sosial yang popular dewasa ini di Malaysia menurut Alexa.
Bil.
Laman Jaringan Sosial
Kedudukan Trafik Malaysia berdasarkan Alexa (Julai 2009)
Pelawat Malaysia berdasarkan Perancangan Iklan Googgle
1
Facebook
3
3,600,000
2
YouTube
4
-
3
Friendster
8
4,200,000
4
MySpace
11
2,100,000
5
Tagged
12
1,800,000
Disebabkan semakin ramai yang menggunakan laman sosial, maka wujud beberapa laman sosial tempatan seperti ialah youKawan.com, myRakan.com, Ruumz.com, Kakiis.com, dan eNetmind.com (yang akan dilancarkan tidak lama lagi). Ruumz dilihat sebagai laman jaringan sosial tempatan yang menarik dan menawarkan ciri-ciri sosial yang lazimnya ada dalam sesebuah laman sedemikian di samping beberapa ciri yang wajar diberi perhatian seperti blog, wayang, muzik, dan sebagainya. Kakiis pula merupakan komuniti jaringan sosial dalam talian dan mobil yang menghubungkan orang ramai melalui jaringan sahabat untuk berkomunikasi, berkongsi maklumat, dan membina persahabatan. Kedua-duanya mempunyai ciri yang hampir sama dengan laman jaringan sosial antarabangsa. Namun, laman-laman ini belum lagi mendapat sambutan ramai seperti laman sosial antarabangsa. Ini mungkin kerana ia masih baharu dan kurang diketahui ramai.
Berdasarkan kajian rintis dan pemerhatian turut serta terhadap beberapa laman sosial yang dilakukan, pada peringkat awal pengenalannya di Malaysia beberapa tahun yang lepas, jaringan sosial dalam talian ini banyak digunakan oleh golongan muda yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang menetap di bandar-bandar besar yang sememangnya mempunyai akses kepada kemudahan Internet. Sebagai golongan yang gemar bereksperimen dengan perkara baharu, termasuk teknologi, mereka menggunakan media sosial untuk berinteraksi sesama sendiri, termasuk rakan sekolah yang boleh ditemui setiap hari. Kebanyakannya menggunakan nama samaran, namun ia diketahui oleh sahabat masing-masing. Ketika ini, penggunaan e-mel mula digantikan dengan mesej-mesej (atau komen) di laman jaringan sosial yang digunakan. Laman jaringan sosial berbentuk umum lebih digemari berbanding jenis-jenis yang lain kerana ia tidak mengehadkan penggunanya.
Namun, trend itu dipercayai mulai berubah sejak kebelakangan ini. Ini kerana semakin ramai golongan dewasa dan organisasi perniagaan yang menggunakan media sosial ini untuk meluaskan jaringan ke peringkat global. Daripada hanya sebagai alat untuk berseronok, jaringan sosial ini digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk pendidikan, politik, dan perniagaan. Oleh sebab itu, dilihat pengguna media ini semakin meluas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuklah golongan profesional seperti doktor, ahli akademik, ahli perniagaan, selebriti, dan ahli politik. Malah, ramai golongan ibu bapa yang mula menyertai jaringan sosial dalam talian ini untuk berinteraksi dengan anak-anak yang tinggal berjauhan dengan mereka atau melanjutkan pelajaran di luar negara. Laman-laman sebegini juga digunakan untuk mengekalkan hubungan dengan saudara-mara yang jarang ditemui kerana kekangan masa. Maka, semakin ramai yang menggunakan identiti sebenar dalam profil masing-masing. Selain itu, laman-laman jaringan sosial ini semakin menarik dan tidak lagi berasaskan teks semata-mata, malah wujud juga aplikasi dalam bentuk mudah alih (mobile) dan 3D.

Sumber diambil daripada "http://ezaleila.wordpress.com/2010/02/24/penggunaan-laman-jaringan-sosial-di-malaysia"

Mengenali apa itu Browser dan Search Engine?

Browser ialah suatu aplikasi yang digunakan untuk mengakses sesebuah laman web yang terdapat dalam jaringan Internet. Antara contoh browser popular adalah Mozila Firefox, Google Chrome, Microsoft Internet Explore, dan Apple Safari.


Browser sangat berbeza dengan search engine. Search engine ialah laman web carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain yang digunakan untuk memasukkan sesuatu kata carian.

Istilah Penting @ Bahasa Internet

Beberapa istilah penting yang berhubungan dengan internet adalah :
  • WWW
  • HTTP
  • URL
WWW (World Wide Web) merupakan bahagian dari internet yang cepat berkembang dan paling popular. WWW merupakan jaringan beribu-ribu komputer yang dikategorikan menjadi dua iaitu : client dan server. Dua hal yang perlu diperhatikan adalah software web server dan software web browser.
HTTP (Hypertext Transfer Protocol) adalah protokol yang menentukan aturan yang perlu diikuti oleh web browser dan web server. HTTP merupakan protokol standard yang digunakan dalam mengakses dokumen HTML.
URL (Uniform Resource Locator) adalah saluran untuk menentukan informasi pada suatu web server. URL diumpamakan sebagai suatu alamat. URL terdiri dari :
  1. Protokol yang digunakan oleh suatu browser untuk mengambil informasi.
  2. Nama komputer (server) dimana informasi tersebut berada.
  3. Jalur atau path serta nama file dari suatu informasi.
Contoh URL : http://www.detiksport.com/sepakbola/index.php
  • http adalah protokol yang digunakan
  • www.detiksport.com adalah nama host atau server komputer dimana informasi yang dicari berada
  • sepakbola adalah jalur atau path dari informasi yang dicari.
  • index.php adalah nama file dimana informasi tersebut berada.

22 Januari 2011

Sejarah Internet di Malaysia


 
1987~ Rangkaian Komputer Malaysia (RAngKom) Bermula ada tahun 1987, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan. Universiti-universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. Ianya terus berkembang dengan sokongan dan perhatian dari pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian sumber. Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya.
1991~JARING
Berdasarkan kepada pengalaman ini, program JARING telah dirumuskan, dan ianya dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu dan lebih menyeluruh. Secara praktiknya, segala kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telah diserapkan ke dalam projek JARING.
Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS)
MIMOS dikenalikan oleh 5  pakar komputer iaitu Dr  Mohd Azzman UM, Dr Awang Lah UM, Dr Muhammad Ghazie Ismail (USM), Dr Mohd Arif Nun (UTM),  Dr Mohd Zawawi Ismail (UTM) mengendalikan projek rangkaian JARING sebagai projek pembangunan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-Enam. JARING yang dihubungkan dengan banyak institusi penyelidikan dan akademik, serta agensi kerajaan dan swasta di Malaysia, bermatlamatkan terutamanya untuk menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan komersial. JARING juga dihubungkan kepada rangkaian Internet antarabangsa.