I made this widget at MyFlashFetish.com.

07 Mac 2011

Penghantaran Bersiri dan Selari


Data bergerak dalam dua cara iatu bersiri dan selari.
  • Dalam penghantaran data bersiri,bit mengalir megikut siri atau berterusan seperti kereta melintasi satu jambatan sehala.Penghantaran bersiri merupakan cara kebanyakan data dihantar melalui talian telefon.Oleh itu,modem luaran biasanya disambung ke mikrokomputer melalui port bersiri.Nama lain bagi port bersiri ialah penyambung RS-232C dan port komunikasi tak segerak.
    • Dengan penghantaran data selari,bit mengalir melalui talian yang berasingan secara serentak.Dalam kata lain,seperti semua kereta yang bergerak pada kelajuan yang sama pada lebuh raya yang berbilang hala.Biasanya penghantaran selari dihad untuk komunikasi jarak yang dekat dan tidak menggunakan talian telefon.Penghantaran megikut kaedah ini merupakan kaedah standard untuk menghantar data dari CPU komputer ke pencetak.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan