I made this widget at MyFlashFetish.com.

04 Mac 2011

Jenis-jenis Ancaman Siber

Terdapat pelbagai jenis ancaman siber pada hari ini yang kadang kala kita tidak peka mengenainya. Ancaman siber merupakan ancaman yang sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya, apakah yang dilakukan dan bagaimana ia mengancam pengguna internet. Berikut merupakan maklumat yang diperolehi melalui carian di internet berkenaan jenis-jenis ancaman siber:-

HACKER Seseorang yang mahir dalam bidang komputer dan dapat memecah masuk dalam sistem komputer yang tidak dibenarkan dan menyalahi undang-undang.


CRACKER / BLACK HAT Seseorang yang menskuriti komputer tanpa izin atau sesiapa sahaja yang pernah didakwa menggunakan teknologi untuk tujuan keganasan, vandalisme, penipuan kad kredit, pencurian identiti. Ini bermakna mengambil alih kuasa komputer lain melalui sebuah network atau “software cracking”.
HACKTIVIST Merupakan hacker yang menggunakan teknologi untuk memaklumkan isyarat politik. Harus diberi perhatian bahawa vandalisme web tidak sama dengan hacktivism .
GREY HAT Merupakan hacker yang kabur tentang etika atau batasan undang-undang.

SCRIPT KIDDIE Penceroboh komputer yang mempunyai sedikit atau tiada langsung kemahiran. Seseorang yang mudah mengikuti arahan tanpa memahami secara mendalam tentang makna langkah sepenuhnya.

SNEAKER Penceroboh komputer yang selalunya memeriksa sistem dengan pihak berkuasa yang sah ( seperti pemilik atau agensi penguatkuasaan undang-undang). Penceroboh ini kadang-kadang cuba memberi kesan yang minimum terhadap sistem.

WHITE HAT  Merupakan hacker yang mencerobohi keselamatan tetapi melakukannya tidak untuk berniat jahat. White Hat mempunyai 1 kod yang jelas menyatakan etika dan berusaha melakukan agar dapat bekerja untuk mendapatkan kelemahan keselamatan sesuatu sistem,

Jika anda  pernah mendengar atau terbaca mengenai jenis-jenis ancaman siber yang lain, diharap dapat dikongsikan bersama disini.Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan