I made this widget at MyFlashFetish.com.

Memaparkan catatan dengan label Introduction. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Introduction. Papar semua catatan

11 Januari 2011

Pengenalan Kepada Teknologi Dan Sistem Maklumat (SCK 1413)

Pada minggu pertama, kami diberi taklimat berkenaan subjek SCK 1413 (Teknologi & Sistem Maklumat) oleh pensyarah dari Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat (FSKSM) iaitu Puan Sharin Hazlin binti Huspi. Untuk kerja kursus subjek ini, kami dikehendaki mencipta blog dan akan dinilai setiap minggu oleh pensyarah sehinggalah semester II 2010/2011 ini berakhir.
Sebelum bersurai kami diingatkan oleh Puan Sharin untuk menghantar nama kumpulan dan memilih tajuk tugasan pada kelas yang akan datang.

Klik link berikut untuk http://elearning.utm.my/ outline subjek SCK 1413 bagi sesi 2010/2011 semester II.



Sebagai rujukan untuk subjek ini, Puan Sharin mencadangkan kami buku teks "Computing Essentials" - complete 2011 oleh Timothy J. O'Leary & Linda I. O'Leary. Buku ini diterbitkan oleh Mc Graw Hill Education (Asia) dan berharga RM 55.00 sebuah.



Kelas bersurai pada jam 3 petang dan apabila kami keluar sahaja dari bangunan FSKSM, hujan telah turun dengan lebatnya....

10 Januari 2011

Profil Tech M Blog

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog kami. Terima kasih atas kesudian anda mengunjungi blog kami. Terima kasih juga kepada Puan Sharin Hazlin Bt. Huspi iaitu pensyarah bagi subjek SCK1413 ( Teknologi & Sistem Maklumat ) kerana memberi ruang kepada kami untuk memenuhi tugasan menyediakan blog kumpulan.
Ahli Kumpulan kami terdiri daripada gabungan pelajar kursus Pengurusan (Teknologi) SHD dan Pengurusan (Pemasaran) SHF. Kesemua ahli kumpulan kami belum pernah mencipta blog dan masih ketandusan idea dan kurang kemahiran untuk mencipta blog. Lantaran itu, kami mengambil peluang ini sebagai satu cabaran dan merupakan tugasan yang menyeronokkan kerana kami dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam dunia IT terkini.


Berikut adalah nama dan senarai ahli kumpulan kami :-
Nama Kumpulan : Tech M
Senarai Ahli Kumpulan :
1. Mayuzei Binti Ujang ~ BH100057
2. Norli Binti Ismail ~ BH100064
3. Mohd Faishal Bin Abdullah ~ BH100077
4. Khairi Bin Abdullah ~ AH100343
5. Mohd Syafiq Bin Mohd Bani ~  AH090477


Buat pengunjung blog kami, diharap anda sudi meninggalkan sebarang ulasan atau komen anda disini agar kami dapat memperbaiki blog ini. Terima Kasih dan jumpa lagi....!!!