05 Mac 2011
Bandwidth
Merujuk kepada jumlah data yang boleh dihantar melalui rangkaian (network) atau modem. Ia diukur dalam bit per saat. Bayangkan bandwidth sebagai sebuah lebuhraya. Lebuhraya adalah rangkaian dan kereta mewakili data. Semakin lebar lebuhraya, semakin banyak kereta boleh menggunakan lebuhraya pada masa yang sama. Jadi kereta boleh sampai ke destinasinya dengan cepat. Prinsip yang sama digunapakai dalam data komputer. Semakin banyak bandwidth, semakin banyak data boleh dipindahkan dalam satu-satu masa.
Contoh-contoh bandwidth ialah voiceband (low bandwidth), medium band, broadband dan baseband.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan