I made this widget at MyFlashFetish.com.

Memaparkan catatan dengan label Chapter 6. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chapter 6. Papar semua catatan

07 Mac 2011

Petua Komputer Perlahan



1.Nyahpemasangan atur cara yang tidak lagi dikehendaki.Lihat kandungan dalam cakera liat dan kenal pasti atur cara yang anda tidak perlukan lagi.Jika anda mempunyai Windows 95 atau 98,bermula dengan menu Start/Setting/Control Panel/Add/Remove Program untuk mencapai ciri penyahpemasangan

2.Buangkan fon yang tidak dikehendaki.Jika anda mempunyai Windows 95 atau 98,gunakan Start/Setting/Contol Panel/Fonts untuk menentukan jenis font yang berbeza tersimpan dalam system anda.Untuk melihat contoh sebarang font,klik dua kali pada font tersebut.Kaji semua font dan buang yang mana anda tidak kehendaki.

3. Kosongkan tong kitar semula.Jika anda mempunyai Windows 95 atau 98,fail tidak akan dibuang dari cakera liat bila anda menghapuskan fail.Ia sebenarnya berpindah ke tong kitaran semula.Untuk mengosong atau membunag fail dari tong kitar semula,buka tong kitar semula dan gunakan File/Empty recycle Bin.

Kad pintar


Kad pintar adalah cip mikropemproses yang direka khas.Kad pintar bersaiz kad kredit.Ia boleh menyimpan maklumat insuran kesihatan,rekod kekerapan penerbangan,lessen memandu pemandu,dan sebagainya.Teknologo ini telah wujud sekian lama,tetapi sejak akhir-akhir ini ia mendapat perhatian.Kerajaan persekutuan mencadangkan kad pintar bagi semua individu.Kad ini boleh digunakan untuk aplikasi yang lain termasuklah memantau atur cara bantuan kewangan persekutuan.

Jenis Cip Mikropemproses


Terdapat dua jenis cip mikropemproses

  • · Cip CISC : Mikropemproses yang biasa digunakan ialah cip computer berset suruhan kompleks ( CISC ).Rekaan ini dipopularkan oleh Intel dan menjadi asas kepada mikropemproses keluaran mereka.Reka bentuk cip yang paling meluas diguna dan terdapat banyak atur cara ditulis khas untuk cip jenis ini.Intel Pentium II dan Pentium III ialah cip CISC yang terkini.Dua lagi pengeluar cip CISC ialah AMD dan Cyrix.
  • · Cip RISC : cip komputer berset suruhan rendah ( RISC ) menggunakan kurang suruhan.Reka bentuknya adalah lebih ringkas dan murah dari cip CISC.Cip terbaru keluaran Motorola dengan kerjasama IBM dan Apple ialah cip PowerPC.Dua lagi cip RISC terkini ialah cip Alpha oleh Digital Equipment Corporation dan cip MIPS oleh silicon Graph.Cip ini banyak digunakan dalam mikrokomputer berkuasa tinggi.

28 Februari 2011

Port


Port ialah soket penyambung.Kabel menghubungkan peranti input dan output ke port.
Port ialah soket penyambung yang terletak di luar unit sistem.
Port bersiri digunakan untuk pelbagai tujuan.ia menyambung tetikus,papan kekunci,modem,dan peranti lain ke unit sistem.port bersiri menghantar data pada satu bit pada satu masa dan amat sesuai untuk menghantar maklumat pada jarak jauh.
Plot selari digunakan untuk menyambung peranti luaran yang menghantar atau menerima data yang banyak pada jaraj yang dekat.port ini biasanya menghantar serentak lapan bit data melalui lapan wayar selari.port selari digunakan untuk menyambung pencetak ke unit sistem.
Port grafik terpecut ( AGP ) digunakan untuk menyambung monitor.Ia boleh menyokong grafik berkelajuan tinggi dan input video yang lain.
Port bas bersiri universal ( USB ) dijangka akan menggantikan port bersiri dan selari.Ia laju dan satu port
USB boleh menghubungkan beberapa peranti ke unit sistem.
Port wayar api ialah jenis port yang terbaru.Ia lebih laju dari port USB dan digunakan untuk menyambungkan pencetak berkelajuan tinggi dan kamera video ke unit sistem.

Papan Induk (Motherboard)

Papan induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer. Ia merupakan sebuah papan litar yang besar dan terletak dibahagian bawah casis setiap unit setiap komputer. Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan diatasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.


KOMPONEN-KOMPONEN PADA PAPAN INDUK

Mikropemproses 
Mikropemproses atau CPU ialah sebuah cip berbentuk segiempat bujur yang dipasang pada bahagian atas sebelah kanan papan induk.  Fungsi utamanya di dalam sebuah komputer ialah memproses data dan maklumat yang diterima daripada peranti input. Kita boleh mengenalpasti cip  ini dengan memerhatikan aksara yang tertulis pada cip berkenaan yang mana menunjukkan kelajuan dan jenis litar bersepadu yang digunakan.

Slot perhubungan
Ianya terletak di bahagian belakang papan induk.  Kad-kad komputer seperti kad grafik dan kad audio akan dimasukkan ke dalam slot perhubungan ini.  Anda boleh memasangkan kad pada mana-mana slot perhubungan yang ada. Slot perhubungan ini juga dikenali sebagai bas sistem ataupun bas (bus) sahaja.  Jika anda perhatikan secara teliti, anda akan dapat melihat beberapa baris wayar atau surih pada papan induk yang menghala ke kanan dan ke kiri bermula daripada slot perhubungan. Gabungan wayar bersurih ini berserta dengan beberapa cip sokongan yang terletak berhampiran itulah yang dikenali sebagai bas sistem.

Cip memori ROM dan RAM
Cip memori ROM (Read Only Memory) ini mengandungi piawai BIOS (Basic Input/Output System). Pada sebuah komputer peribadi (PC) biasanya terdapat satu hingga lima cip ROM. Setengah komputer ada menandakan kedudukan cip ini pada papan induk. Anda juga boleh mengenalinya dengan memerhatikan cip yang bersaiz agak besar dan dipasang dibahagian tengah atau bahagian tengah sebelah kiri papan induk. Manakala cip memori (RAM - Random Access Memory) pula, boleh dikatakan paling banyak terdapat pada papan induk terutamanya pada komputer jenis Pentium.

Suis DIP
Kebanyakan komputer peribadi mempunyai suis yang dipanggil DIP yang terletak pada papan induk. Suis-suis ini digunakan untuk menetapkan maklumat sistem komputer seperti maklumat mengenai mikropemproses, ko-pemproses, bilangan pemacu cakera, jenis paparan, dan juga jumlah memori.  Biasanya terdapat dua suis DIP iaitu SW-1 dan SW-2 yang dilabelkan dan kedua-duanya terletak dibahagian bawah cip mikropemproses.

 
Pelompat (jumper)
Hampir kesemua komputer peribadi menggunakan komponen pelompat. Pelompat ini digunakan untuk menentukan jenis kad video atau kad paparan video yang anda gunakan, konfigurasi cakera keras, memori pada papan induk dan kelajuan komputer berkenaan.
 
Penyambung kuasa
Ianya terletak pada bahagian penjuru atas di sebelah kanan papan induk. Terdapat kabel berwarna yang fungsinya membawa bekalan kuasa elektrik dari unit bekalan kuasa dan disambungkan ke dalam soket yang tersedia pada papan induk ini untuk kegunaan seluruh papan induk dan komponen-komponen elektronik lain yang terletak diatasnya. 

The System Unit

As refer to our text book written by Timothy J. O'Leary, the system unit is part of a microcomputer that contains the Central Processing Unit (CPU). Also known as the system cabinet or chassis, it is the container that houses most of the electronic components that make up the computer system.

The system unit can be divided into two which are :
1. Categories e.g. desktop, media center, notebook, netbook, tablet pc and handheld
2. Components e.g. system board, microprocessor and memory.