Adakah masa berubah lebih cepat pada masa sekarang berbanding masa sebelumnya? Kebanyakan manusia berfikir begitu. Sesiapa yang melalui zaman ketika radio,kereta dan kapal terbang diperkenalkan sudah tentu merasakan terlalu banyak perubahan mendadak berlaku pada masa sekarang.
Adakah teknologi membuatkan masa kita lebih dinamik?Walau apapun jawapannya, kita tinggal dalam zaman kemajuan yang bergerak pantas. Kebanyakan peniaga telah sedar bahawa mereka harus bergerak seiring dengan perubahan teknologi atau mereka akan ketinggalan. Banyak syarikat yang telah membuat perancangan formal untuk mengikut perkembangan teknologi dan melaksanakannya dalam persaingan yang stategik.
Hampir kesemua syarikat korporat di dunia wujud di internet. Perkhidmatan penghantaran seperti Federal Express dan UPS menyediakan pelanggan dengan keupayaan menjejak secara peribadi penghantaran pakej-pakej mereka. Stor runcit seperti IKEA dan GIANT menyediakan catalog sokongan dan risalah jualan murah. Bank seperti Maybank dan Citibank menyokong perbankan rumah dan dagang elektronik. Anda juga boleh membeli tiket untuk persembahan muzik, teater, menonton wayang dan acara sukan di Internet.
Perubahan–perubahan seperti ini dengan jelas akan menghapuskan beberapa kerja contohnya, juruwang di bank namun ia akan mewujudkan peluang pekerjaan yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan