Cabaran terunggul dagang elektronik ialah pembangunan kaedah pembayaran yang cepat,selamat dan dipercayai.Tiga cara pembayaran ialah cek,kad kredit,dan tunai elektronik.
- · Pembayaran menggunakan cek ialah cara yang paling tradisional dan selamat.Tetapi pembayaran cara ini mengambil masa terlalau lama.Selepas memilih barangan,pembeli akan menghantar cek melalui pos.Setelah cek diterima,penjual akan mengesahkan kesahihan cek.Sekiranya sah kesahihan,barulah barangan yang dipesan dihantar.
- · Pembelian dengan kad kredit adalah terpantas dan lebih mudah.Walau bagaimanapun,penipuan kad kredit merupakan masalah utama pembeli dan penjual.Penjenayah yang dikenali sebagai penjenayah kad kredit Internet pakar dalam mencuri,berdagang,dan menggunakan kad kredit yang dicuri melalui Internet.
- · Tunai elektronik,atau e-tunai,konsep di Internet yang seakan tunai tradisional.Ia juga dikenali sebagai tunai siber atau tunai digital.Pembeli membeli e-tunai daripada pihak ketiga ( bank yang pakar dalam mata wang elektronik ) yang memindah wang daripada bank.Apabila pembeli membeli barangan menggunakan e-tunai,penjual akan menukar e-tunai ke dalam mata wang tradisional melalui orang ketiga.Walaupun cara ini tidak semudah pembelian dengan kad kredit,tetapi ia lebih selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan