I made this widget at MyFlashFetish.com.

27 Januari 2011

Persaingan Syarikat Sistem Pengendalian Mikrokomputer Dalam Menawarkan Program Applikasi Asas kepada Pengguna

Generasi Windows yang akan datang menjanjikan untuk pengguna pelbagai kemampuan perkakasan yang dipertinggi keupayaanya,termasuk sokongan untuk rangkaian rumah.  Dengan menggunakan program khas seperti Internet Connection Sharing,berbilang pengguna yang mempunyai komputer yang berlainan akan boleh membuat sambungan ke rangkaian rumah dan pada masa yang sama,melayari Web dan mengongsi satu talian telefon bersama sambungan Internet.  Lebih-lebih lagi,rangkaian rumah akan dipertingkatkan tahap sambungannya.Versi Windows yang akan datang akan menyokong interaksi mikrokomputer dan mengawal perkakasan pintar, termasuklah peti sejuk, stereo,serta sistem pemanas dan dingin.
Dijangkakan ada cabaran yang lebih sengit pada pengaruh Windows.  Apple akan terus menawarkan versi sistem pengendalian Macintosh yang lebih berkuasa dan baru.  Versi Linux akan memberikan antara muka pengguna yang sama seperti Windows,dan apilkasi baru yang ditulis khas untuk Linux akan bertambah menarik.  Akhirnya, BeOS ( disebut “ bee-O-S-“ ) ialah system pengendalian baru yang mula mendapat sambutan di kalangan pembangun multimedia dan pengaturcara.  Ia menangani grafik 3D yang kompleks dan animasi yang lebih baik daripada pesaing-pesaingnya dan boleh menjadi pencabar serius system pengendalian.
Pada masa yang terdekat,sistem pengendalian akan mungkin mengekalkan rupa dan keadaan semasa. Di sebalik tirai,bagaimanapun, ia akan berterusan menjadi lebih berkuasa, lebih intuitif, dan memerlukan kurang interaksi daripada pengguna.  Persaingan tersebut menjanjikan pecutan ke haluan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan