I made this widget at MyFlashFetish.com.

20 Mac 2011

Sidang Video (Video Conference)


Sidang video merupakan satu set teknologi komunikasi interaktif yang membenarkan orang di dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video atau audio dua hala secara serentak. Ia juga dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan. Ia berbeza dari videofon kerana ianya direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.

Sidang video menggunakan telekomunikasi audio dan video untuk menghubungkan orang di beberapa tempat untuk bermesyuarat. Ia boleh semudah perbualan diantara dua orang dalam pejabat persendirian atau melibatkan beberapa tempat dengan lebih seorang dalam bilik besar di setiap tempat.

Selain penghantaran audio dan visual aktiviti mesyuarat, sidang video boleh digunakan untuk berkongsi dokumen, maklumat paparan komputer dan papan putih.

Komponen-komponen yang diperlukan untuk sidang video adalah seperti berikut :
1) Video input : kamera video atau webcam

2) Video output : monitor komputer, televisyen atau projector

3) Audio input : mikrofon

4) Audio output : pembesar suara

5) Data transfer : analog atau digital telephone network, LAN atau internet
Sila klik ke laman berikut untuk maklumat lanjut berkenaan kebaikan dan keburukan sidang video.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan