I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 Mac 2011

pangkalan data berhak milik


Pangkalan data berhak milik pada umumnya ialah satu pangkalan data yang besar di mana organisasi membangunkannya untuk meliputi subjek tertentu.Ia menawarkan capaian terhadap pangkalan data ini kepada awam atau individu luaran yang terpilih dengan mengenakan yuran.Kadangkala pangkalan data berhak milik juga dikenali sebagai utiliti maklumat atau bank data.Contohnya ialah Penerbitan Interaktif Dow Jones,di mana ia menawarkan berbagai-bagai jenis perkhidmatan kewangan.Antara pangkalan data berhak milik adalah seperti berikut: · CSi : Menawarkan perkhidmatan pengguna dan perniagaan,termasuklah elektronik mel. · Perkhidmatan Maklumat Dialog : Menawarkan maklumat perniagaan,begitu juga maklumat teknikal dan saintifik. · Penerbitan Interaktif Dow Jones : Menyediakan berita dunia dan maklumat mengenai perniagaan,pelaburan dab saham. · Prodigy : Menawarkan berita dan maklumat mengenai perniagaan dan ekonomi,begitu juga perkhidmatan masa lapang.

Kebanyakan pangkalan data berhak milik direka bentuk untuk kegunaan organisasi begitu juga individu.Organisasi selalunya membayar yuran keahlian ditambah yuran penggunaan mengikut jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan