I made this widget at MyFlashFetish.com.

16 Mac 2011

Sarat Maklumat


Pernahkan anda mempersoalkan nilai teknologi?Adakah ia telah benar-benar membantu kita dan menjadikan kita lebih produktif?Mungkinkah pelbagai peranti yang sepatutnya meningkatkan produktiviti kita sebenarnya telah member kesan yang sebaliknya?

E-mel,telefon sel,computer buku dan Web memang hebat.Mereka membolehkan kita untuk berkomunikasi ,bekerja di mana sahaja dan mencapai amaun data yang banyak.Bagaimanapun,sekiranya tidak berhati-hati,mereka boleh disarati maklumat dan mengakibatkan kesan negatif kepada kemampuan kita untuk melakukan kerja.

Beberapa kajian telah mendapati bahawa e-mel ialah punca utama sarat maklumat.Laporan menunjukkan pekerja pengetahuan di sesuatu syarikat besar menghantar dan menerima lebih daripada 100 kesej e-mel sehari.Tambahan pula,kajian tersebut merumuskan bahawa kebanyakan daripada mesej tersebut tidak diperlukan.Berikut adalah beberapa cara untuk mengawal sarat e-mel :

· Pilih : Pertama,lihat pada baris subjek e-mel.Baca hanya e-mel yang tepat dan bersesuaian dengan apa yang anda minati.Perhati seterusnya pada baris pengirim.Baca hanya e-mel daripada orang yang penting kepada anda.Tunda atau abaikan yang lain.

· Buang : Selepas membaca e-mel,balas jika perlu.Seterusnya simpan e-mel dalam fail di pelipat berkaitan atau buang sahaja.

· Kawal : Hadkan e-mel anda dengan member alamat hanya kepada sesiapa yang memerlukan

· Ringkas : Apabila membalas,mesti padat dan tepat.

· Hentikan spam : Spam ialah pengiklanan e-mel yang tidak diperlukan.Elak dari menyertai senarai e-mel,beri bantahan kepada mereka yang menghantar spam dan minta agar nama anda dibuang daripada senarai mel tersebut.

· Jangan balas : Anda tidak perlu membalas e-mel.Buat pemilihan dan balas hanya kepada e-mel yang memanfaatkan masa anda.

Adakah sarat maklumat sebahagian masa depan anda?Sekiranya kehidupan anda sibuk seperti eksekutif hari ini,ini mungkin akan terjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan