I made this widget at MyFlashFetish.com.

06 Mac 2011

Jenis Cakera Optik


Cakera Optik hari ini boleh menyimpan data sebanyak 4.7 gigabait.Jumlah tersebut bersamaan lebih daripada 1 juta muka surat bertaip atau sebesar muatan di perpustakaan bersaiz pertengahan,kesemuanya dalam satu cakera.Dalam teknologi cakera optik,pancaran laser mengubah permukaan cakera plastik atau metalik untuk mewakili data.Terdapat banyak saiz cakera optik iaitu 3 ½ ,4 ¾ ,5 ¼ ,8 ,12 dan 14 inci.Saiz yang biasa digunakan ialah 4 ¾ inci.Data boleh disimpan pada cakera dengan cara atau format yang berbeza.Dua cakera yang paling biasa digunakan ialah CD dan DVD.

Format

Jenis

Kapasiti Lazim

Penerangan

CD

CD-ROM

650 MB

Kandungan tetap,diguna untuk mengagih pangkalan data,buku rujukan,dan perisian.

CD-R

650 MB

Ditulis sekali sahaja,digunakan untuk mengarkib jumlah data yang besar.

CD-RW

650 MB

Boleh guna semula,diguna untuk membina,dan mengedit persembahan multimedia yang besar

DVD

DVD-ROM

4.7 GB

Kandungan tetap,mengagih video berkualiti pawagam dan persembahan bunyian.

DVD-R

4.7 GB

Ditulis sekali sahaja,diguna untuk mengarkib jumlah data yang sangat besar.

DVD-RAM

( DVD-RW )

2.6 – 5.2 GB

Boleh guna semula,diguna untuk membina dan mengedit persembahan multimedia yang berskala besar.

1 ulasan:

  1. Tiga jenis cakera optik termasuk cakera padat, cakera versatil digital, atau video, dan cakera definisi tinggi. Adakah betul kenyataan ini???

    BalasPadam