I made this widget at MyFlashFetish.com.

06 Mac 2011

Microsoft Windows Millenium Edition ( ME )


Versi Windows yang tidak jauh berbeza dengan Microsoft Windows 98,Cuma ianya mempunyai beberapa ciri baru yang amat bernilai.Antaranya ialah dengan Windows ME,proses memulakan komputer ( boot ) menjadi lebih pantas kerana kebanyakan arahan DOS yang tidak berkenaan telah dikeluarkan.Ia juga meminjam himpunan TCP/IP daripada Windows 2000 yang membolehkan proses sambungan rangkaian yang dilakukan adalah lebih stabil dan boleh dipercayai.Keupayaan multimedia juga semakin dipertingkatkan dengan sistem penyunting video binaan dalaman serta proses penyambungan kepada kamera video,pengimbas,kamera digital dan sebagainya yang lebih dipermudahkan.Elemen multimedia yang lain juga semakin dipertingkatkan dengan pelbagai teknologi perisian yang lebih mengkagumkan.

Satu lagi kelebihan Windows ME ialah sistem keselamatan dalamannya yang telah dipertingkatkan.Ianya mempunyai utility yang dikenali sebagai System Restore yang dijalankan secara latar bagi memantau dan merakamkan sistem secara berterusan.Ia juga mempunyai utiliti yang dikenali sebagai System File Protection yang juga dijalankan secara latar bagi memantau fail-fail penting agar tidak dipadam atau ditindih secara tidak sengaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan