I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 Mac 2011

Kelebihan pangkalan data


Untuk individu dan organisasi,terdapat banyak kebaikan memiliki pangkalan data :

· Perkongsian : Dalam organisasi,maklumat daripada satu jabatan boleh dikongsi dengan yang lain.Jabatan pengebilan boleh membenarkan jabatan pemasaran mengetahui pelanggan yang memesan barangan dalam kuantiti yang besar.

· Keselamatan : Pengguna diberi kata laluan atau capaian hanya kepada jenis maklumat yang mereka kehendaki.Oleh itu,jabatan pembayaran gaji boleh melihat kadar gaji pekerja,tetapi jabatan lain tidak mencapai capaian tersebut.

· Lewahan data : Dengan beberapa jabatan mencapai satu fail,bilangan fail adalah sedikit.Kegunaan storan yang berlebihan dapat dikurangkan.Mikrokomputer yang disambungkan pleh rangkaian kepada pelayan fail,contohnya,boleh menggantikan cakera keras yang berada dalam beberapa mikrokomputer individu.

· Integriti data : Sistem fail yang lama tidak mempunyai “integrity” iaitu perubahan yang dibuat dalam fail di satu jabatan mungkin tidak dilakukan pada jabatan lain.Sebagaimana yang anda jangkakan,ini boleh menyebabkan masalah yang serius dan percanggahan apabila data digunakan untuk keputusan yang penting yang melibatkan beberapa jabatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan