I made this widget at MyFlashFetish.com.

06 Mac 2011

Cakera Keras



Tiga cara meningkatkan prestasi cakera keras iaitu mencache cakera,tatasusunan lewahan cakera murah,dan pemampatan/penyahmampatan fail.

Mencache cakera meningkatkan prestasi cakera keras dengan menjangka data yang dikehendaki.Ia memerlukan gabungan perkakasan dan perisian.Semasa proses berdiam,data yang selalu digunakan akan dibaca dari cakera keras ke dalam ingatan ( cache ).Bila data diperlukan,data akan dicapai terus dari ingatan ini.Kadar pemindahan dari ingatan adalah lebih pantas berbanding daripada cakera keras.Hasilnya,prestasi sistem selalunya meningkat sebanyak 30 peratus.

Tatasusunan lewahan cakera murah ( RAID ) meningkatkan prestasi dengan menambah storan luaran.Sekumpulan cakera keras yang murah dikumpul dengan mengguna rangkaian dan perisian khas.Kumpulan cakera ini dianggap sebagai satu cakera keras yang besar.Ia berprestasi melebihi cakera tunggal yang mempunyai kapasiti yang sama.

Pemampatan fail dan penyahmampatan fail meningkatkan kapasiti storan dengan mengurangkan ruang yang diperlukan untuk menyimpan data dan aturcara.Pemampatan fail tidak terhad kepada system bercakera keras.Ia juga selalu diguna untuk memampatkan fail pada cakera liut.Pemampatan fail boleh meningkatkan kelajuan pemindahan fail dari satu sistem komputer ke sistem komputer yang lain.Dua aturcara pemampatan fail yang terkenal ialah WinZip daripada Nico Mak Computing dan PKZip daripada PKWare.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan