I made this widget at MyFlashFetish.com.

01 Mac 2011

Pemacu Kilat USB (USB Flash Drives)


Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait. Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kali serta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun, disambung menggunakan penyambung USB 1.1 atau USB 2.0.

Pemacu kilat USB menawarkan banyak kelebihan berbanding peranti storan mudahalih lain, terutamanya cakera liut. Ia lebih kecil, lebih pantas, boleh meyimpan lebih banyak data serta lebih boleh diharap (kerana tiada bahagian bergerak serta reka bentuk yang lebih tahan lama) daripada cakera liut. Pemacu kilat USB menggunakan piawaian alat storan massa USB yang disokong oleh sistem pengendalian moden seperti Windows, Mac OS X dan Linux.

Sebuah pemacu kilat terdiri daripada papan litar bercetak kecil di dalam bekas plastik, menjadikannya kecil dan mudah disimpan di dalam kocek. Penyambung USB pula ditutup dengan penutup plastik yang boleh ditanggalkan untuk melindunginya daripada kemungkinan kerosakan akibat elektrik statik. Hampir kesemua pemacu kilat menggunakan penyambung piawai USB jenis A supaya boleh disambung terus ke komputer.

Sebenarnya tiada bahan bergerak langsung pada pemacu kilat USB; istilah pemacu digunakan kerana komputer membaca dan menulis data pada pemacu kilat dengan menggunakan perintah sistem yang sama seperti cakera keras mekanikal biasa, dengan peranti storan dipaparkan pada sistem pengendalian dan antaramuka grafik pengguna komputer sekadar seperti pemacu keras yang lain.

Untuk mancapai pemacu tersebut, pemacu kilat perlulah terlebih dahulu disambungkan ke komputer melalui port USB. Pemacu kilat USB memperoleh bekalan kuasanya melalui port USB sendiri.

Sumber dirujuk daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemacu_kilat_USB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan