I made this widget at MyFlashFetish.com.

07 Mac 2011

Kad pintar


Kad pintar adalah cip mikropemproses yang direka khas.Kad pintar bersaiz kad kredit.Ia boleh menyimpan maklumat insuran kesihatan,rekod kekerapan penerbangan,lessen memandu pemandu,dan sebagainya.Teknologo ini telah wujud sekian lama,tetapi sejak akhir-akhir ini ia mendapat perhatian.Kerajaan persekutuan mencadangkan kad pintar bagi semua individu.Kad ini boleh digunakan untuk aplikasi yang lain termasuklah memantau atur cara bantuan kewangan persekutuan.

Jenis Cip Mikropemproses


Terdapat dua jenis cip mikropemproses

  • · Cip CISC : Mikropemproses yang biasa digunakan ialah cip computer berset suruhan kompleks ( CISC ).Rekaan ini dipopularkan oleh Intel dan menjadi asas kepada mikropemproses keluaran mereka.Reka bentuk cip yang paling meluas diguna dan terdapat banyak atur cara ditulis khas untuk cip jenis ini.Intel Pentium II dan Pentium III ialah cip CISC yang terkini.Dua lagi pengeluar cip CISC ialah AMD dan Cyrix.
  • · Cip RISC : cip komputer berset suruhan rendah ( RISC ) menggunakan kurang suruhan.Reka bentuknya adalah lebih ringkas dan murah dari cip CISC.Cip terbaru keluaran Motorola dengan kerjasama IBM dan Apple ialah cip PowerPC.Dua lagi cip RISC terkini ialah cip Alpha oleh Digital Equipment Corporation dan cip MIPS oleh silicon Graph.Cip ini banyak digunakan dalam mikrokomputer berkuasa tinggi.

Virus

Virus ialah atur cara yang berpindah melalui rangkaian dan system pengendalian dan mereka berada dalam aturcara dan pangkalan data yang berbeza. Terdapat empat jenis virus yang asas : sector but,fail,kuda Trojan dan makro.Membina dan menyebar virus jika diketahui aialah jenayah yang serius dan kesalahan persekutuan yang boleh dihukum di bawah Akta Pindaan Penyalahgunaan Komputer 1994.
Jenis virus yang lain adalah ulat. Atur cara ini merosakkan dengan memenuhi sistem computer dengan maklumat yang disalin sendiri,menyumbat sistem agar operasinya perlahan atau berhenti. Ulat yang paling terkenal kemudaratannya ialah Internet Worm. Dalam tahun 1988, ia merebak merentasi Amerika Utara,memberhentikan ribuan komputer sepanjang perjalanannya.
Virus dan ulat selalunya berada dalam mikrokomputer melalui salinan cakera liut atau atur cara yang dimuat turun melalui Internet.Oleh kerana virus mengakibatkan sesuatu yang serius yang mana sesetengah virus boleh memusnahkan semua maklumat yang ada pada satu sistem,pengguna komputer dinasihatkan berhati-hati semasa menerima ataur cara baru dan data dari sumber lain.
Aturcara pengesan yang dipanggil penyemak virus wujud untuk memberitahu pengguna apabila jenis virus tertentu memasuki sistem.Tiga penyemak virus yang meluas digunakan ialah Dr.Soloman Anti-Virus,Mc Afee VirusScan,dan Norton AntiVirus. Malangnya, virus baru dibangunkan setiap masa dan tidak semua virus boleh dikesan.

Petua

Apakah yang anda boleh lakukan untuk melindungi kebersendirian anda semasa di Web? Berikut ialah beberapa cadangan:-
1.Menyulitkan e-mel yang sensitif.Menyulit atau mengkod e-mel yang sensitif dengan menggunakan atur cara penyulitan khas.
2.Melindungi identiti anda.Gunakan penghantar semula mel rambang atau tapak Web khas yang memajukan e-mel anda tanpa mendedahkan identiti anda.
3.Menghalang cookies.Gunakan penyemak imbas yang baru yang membenarkan anda menyekat tapak Web dari menyimpan cookies pada cakera keras anda.
4.Memberitahu pemberi.Beri arahan pada pemberi perkhidmatan atau sesiapa saja yang anda gunakan untuk pautan ke Internet supaya jangan menjual nama ataus sebarang maklumat peribadi anda.
5.Berhati-hati.Jangan dedahkan nombor telefon,kata laluan,atau maklumat persendirian anda kepada orang yang tidak dikenali.

Virus yang biasa ditemui.


Nama

Penerangan

Concept

Menyebabkan templet Word normal.dot memaparkan kotak yang mengandungi nombor 1;mengjangkiti semua dokumen yang disimpan menggunakan perintah Save As

Cap

Menggantikan semua makro Word dengan makronya sendiri

Wazzu

Merosakkan setiap dokumen pemproses kata Word yang anda buka dengan memindahkan sekitar perkataan dan secara rawak memasukkan perkataan Wazzu

NPAD

Memaparkan mesej “ DOEUNPAD94,v2.21” pada setiap kali ke 23 anda membuka dokumen pemproses kata Word

MDMA

Pada system yang menggunakan Windows 95,ia menukarkan kekunci,paparan,dan persediaan memasuki rangkaian ,dan menghapuskan fail Bantuan Windows dan fail sistem tertentu.

Bagaimana virus komputer merebak?


1. Virus bermula apabila pengodam atau pengaturcara menulis atur cara yang menempatkannya kepada system pengendalian,aturcara lain,atau sebutir data.

2.Virus mengembara melalui cakera liut atau dimuat turun dari rangkaian atau papan bulletin di mana sahaja sistem pengendalian,atur cara,atau data digunakan.

3.Virus bertindak.Virus yang tidak merosakkan mungkin Cuma mencetak mesej ( “ Surprise! “ ).Virus yang merosakkan boleh memadamkan data,merosakkan atur cara,dan mungkin ( melalui pembacaan dan penulisan yang berulang kali pada tempat yang sama) melusuhkan cakera keras.Virus boleh dihentikan sama ada dengan had masa atau dengan operasi bersiri oleh penggguna.

06 Mac 2011

Microsoft Windows Millenium Edition ( ME )


Versi Windows yang tidak jauh berbeza dengan Microsoft Windows 98,Cuma ianya mempunyai beberapa ciri baru yang amat bernilai.Antaranya ialah dengan Windows ME,proses memulakan komputer ( boot ) menjadi lebih pantas kerana kebanyakan arahan DOS yang tidak berkenaan telah dikeluarkan.Ia juga meminjam himpunan TCP/IP daripada Windows 2000 yang membolehkan proses sambungan rangkaian yang dilakukan adalah lebih stabil dan boleh dipercayai.Keupayaan multimedia juga semakin dipertingkatkan dengan sistem penyunting video binaan dalaman serta proses penyambungan kepada kamera video,pengimbas,kamera digital dan sebagainya yang lebih dipermudahkan.Elemen multimedia yang lain juga semakin dipertingkatkan dengan pelbagai teknologi perisian yang lebih mengkagumkan.

Satu lagi kelebihan Windows ME ialah sistem keselamatan dalamannya yang telah dipertingkatkan.Ianya mempunyai utility yang dikenali sebagai System Restore yang dijalankan secara latar bagi memantau dan merakamkan sistem secara berterusan.Ia juga mempunyai utiliti yang dikenali sebagai System File Protection yang juga dijalankan secara latar bagi memantau fail-fail penting agar tidak dipadam atau ditindih secara tidak sengaja.