I made this widget at MyFlashFetish.com.

27 Januari 2011

Persaingan Syarikat Sistem Pengendalian Mikrokomputer Dalam Menawarkan Program Applikasi Asas kepada Pengguna

Generasi Windows yang akan datang menjanjikan untuk pengguna pelbagai kemampuan perkakasan yang dipertinggi keupayaanya,termasuk sokongan untuk rangkaian rumah.  Dengan menggunakan program khas seperti Internet Connection Sharing,berbilang pengguna yang mempunyai komputer yang berlainan akan boleh membuat sambungan ke rangkaian rumah dan pada masa yang sama,melayari Web dan mengongsi satu talian telefon bersama sambungan Internet.  Lebih-lebih lagi,rangkaian rumah akan dipertingkatkan tahap sambungannya.Versi Windows yang akan datang akan menyokong interaksi mikrokomputer dan mengawal perkakasan pintar, termasuklah peti sejuk, stereo,serta sistem pemanas dan dingin.
Dijangkakan ada cabaran yang lebih sengit pada pengaruh Windows.  Apple akan terus menawarkan versi sistem pengendalian Macintosh yang lebih berkuasa dan baru.  Versi Linux akan memberikan antara muka pengguna yang sama seperti Windows,dan apilkasi baru yang ditulis khas untuk Linux akan bertambah menarik.  Akhirnya, BeOS ( disebut “ bee-O-S-“ ) ialah system pengendalian baru yang mula mendapat sambutan di kalangan pembangun multimedia dan pengaturcara.  Ia menangani grafik 3D yang kompleks dan animasi yang lebih baik daripada pesaing-pesaingnya dan boleh menjadi pencabar serius system pengendalian.
Pada masa yang terdekat,sistem pengendalian akan mungkin mengekalkan rupa dan keadaan semasa. Di sebalik tirai,bagaimanapun, ia akan berterusan menjadi lebih berkuasa, lebih intuitif, dan memerlukan kurang interaksi daripada pengguna.  Persaingan tersebut menjanjikan pecutan ke haluan ini.

Petua Jika Bekalan Kuasa Terputus Ketika Anda Sedang Menulis Dokumen


Pernahkan bekalan kuasa terputus ketika anda menulis dokumen?Dokumen asal dan semua perubahan terbaru hilang.Mujurlah ,kebanyakan aplikasi akan secara automatik menyimpan kerja anda selang beberapa minit ke fail balik pulih sementara atau fail sandar.Disini ada beberapa panduan yang boleh membantu anda mengembalikan semula kerja anda dengan cepat.
1. 1.Mulakan semula komputer anda
2. 2. Mulakan semula aplikasi
3. 3.Buka fail baik pulih.Jika fail baik pulih tidak dibuka secara automatic,pilih opsyen untuk membukanya.
4. 4.Sahkan kandungan fail baik pulih.Fail baik pulih mestilah mengandungi dokumen terkini sehingga simpanan secara automatik yang terakhir.Bandingkan kandungan fail baik pulih dengan kandungan fail asal ( jika anda masih menyimpannya).
5. 5. Simpan fail baik pulih.Jika fail baik pulih mengandungi maklumat yang anda kehendaki,simpan ia dengan nama asal atau nama yang lain.

Pemproses Kata

Perisian pemprosesan kata membina dokumen berasaskan teks seperti laporan ,surat dan memo. Pemproses kata ialah salah satu alat perisian yang paling fleksibel dan meluas digunakan.Pelajar dan penyelidik menggunakan pemproses kata untuk membuat laporan.Semua jenis organisasi menulis surat berita untuk berkomunikasi dengan ahli mereka.Perniagaan menulis surat untuk berhubung dengan pelanggan baru dan yang sedia ada.Semua lapisan manusia dan organisasi menggunakan pemproses kata untuk membina halaman Web peribadi.Tiga atur cara pemproses kata yang meluas digunakan ialah Microsoft Word,Corel Word Perfect, dan Lotus WordPro.

Perisian Versi Baru

Perisian aplikasi asas versi baru sentiasa dikeluarkan sepanjang masa.Salah satu cara atur cara ini berubah ialah cara anda berinteraksi dengannya.Cara lain adalah dalam keupayaan perisian ini.  Berinteraksi dengannya tidak sesusah mana yang anda fikirkan.  Itu adalah kerana pada hari ini,kebanyakan perisian baru mempunyai struktur perintah dan menu yang sama.  Apabila versi baru muncul, ia seperti sama seperti versi terdahulu.  Ini membantu anda untuk menumpukan perhatian kepada keupayaannya yang baru.
Aplikasi asas akan terus menjadi lebih berkuasa dengan mempertingkatkan keupayaannya.Ia tidak lagi terhad oleh mesin di mana ia direka untuk menggantikannya.Pemproses kata sebagai contoh melaksanakan lebih dari apa yang mesin taip boleh lakukan.Versi terkini menambah kebolehan penerbitan meja yang terhad dan reka bentuk halaman Web.

26 Januari 2011

Integrated Packages dan Software Suites

Integrated Packages @ Pakej Bersepadu
Adalah gabungan beberapa aplikasi dalam sebuah program, biasanya ia menyediakan sekurang-kurangnya "word processor", "spreadsheets", pengurusan "database" dan "presentation" grafik. Aplikasi lain seperti e-mel, kalendar, buku alamat dan lain-lain juga dimasukkan di dalam sebuah pakej. Microsoft Works dan Apple Works adalah contoh utama bagi Integrated Packages.


Software Suites
Adalah sekumpulan program aplikasi yang berasingan dan dikumpulkan bersama menjadi sebuah program applikasi. Walaupun fungsinya masih sama dengan aplikasi yang dijual berasingan tetapi dari segi kos ia lebih menjimatkan. Contoh utama software suites ialah Microsoft Office, Apple iWork dan Lotus SmartSuite.

Perisian Aplikasi Asas (Basic Application Software)

Perisian aplikasi asas atau "basic application software" banyak digunakan dalam hampir setiap disiplin dan kerja kita. Ianya terdiri daripada "word processor", "spreadsheet", "database management system' dan "presentation graphics".

 

Word Processor @ Pemproses Kata
Membuat dokumen berasaskan teks seperti brosur, laporan, buletin, dan laman web. Di antara ciri-ciri sokongan yang lain adalah "entering', "editing" dan "formatting" teks.
Contoh perisian "word processor" adalah Word Star, Word Perfect, Microsoft Word dan Corel Wordperfect dan Apple Pages.
Perisian 'word processor" mempunyai pelbagai kegunaan samada dalam perniagaan, pendidikan dan juga kegunaan pengguna di rumah.


Spreadsheets @ Lembar Kerja
"Spreadsheets" komputer dihasilkan berdasarkan lembar kerja perakaunan tradisional yang mengandungi lembar dan lajur yang digunakan untuk mempersembah dan menganalisa data. "Spreadsheet" lebih 'streamline" dari database dan sangat berguna untuk memproses nombor. Ciri-cirinya meliputi "workbook", "worksheet", "cell", "ranges", "text and numeric entries", "formula", "functions", "charts", "recalculation" dan "what-if analysis".
Secara umumnya perisian "spreadsheets" banyak digunakan di dalam aplikasi sains dan kewangan. Sebagai contoh "spreadsheet" digunakan untuk menyimpan data akaun bank, termasuklah maklumat baki dan bunga pemegang akaun. Contoh perisian "spreadsheet" ialah IBM Lotus 1-2-3, AppleWorks dan Corel Quattro Pro.


Database Management System (DBMS)

Berfungsi dalam mengurus, menetap dan memperolehi data. Program DBMS mempunyai 5 subsistem iaitu "DBMS engine", "data definition", "data manipulation", "application generation" dan "data administration". Contoh perisian DBMS ialah Microsoft Access, Corel Paradox dan Lotus Approach.



Presentation Graphics @ Persembahan Grafik

Grafik yang digunakan adalah hasil gabungan visual bagi menghasilkan persembahan yang menarik. Ia adalah alat yang baik dengan memainkan peranan dalam memujuk dan menyampaikan mesej kepada penonton. Ciri-ciri lain yang terdapat di dalamnya ialah "colour schemes", "slide layouts", "special effects", "design templates" dan "master slides".
Contoh perisian "presentation graphics" ialah Microsoft Powerpoint, Corel Presentations dan Lotus Freelance Graphics.

24 Januari 2011

Perbezaan di antara http:// dengan https://

Sering kali kita mengunjungi laman web dan tanpa kita sedari, terdapat perbezaan pada alamat di web browser yang dipaparkan..iaitu http:// dan https://. Jadi, tahukan anda apakah perbezaannya?

HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).
HTTPS pula terdapat tambahan huruf "S". "S" adalah singkatan daripada Secure. 

Sekiranya anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser yang biasanya dimulai dengan http://. Ini menunjukkan website ini berbicara dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.
Jadi, berhati-hatilah jika anda mengisi borang, memasukkan maklumat peribadi seperti nombor akaun dan kad kredit di laman web tersebut, seseorang mungkin sedang melihat maklumat peribadi anda.
Tetapi, jika alamat web bermula dengan https://, ini menunjukkan komputer anda sedang berbicara di laman web yang selamat dan tiada sesiapa yang boleh melihat dan mencuri maklumat peribadi anda.