I made this widget at MyFlashFetish.com.

15 Januari 2011

Tahukah anda tentang Web 3.0???

Salam dan hai...bersua kembali.....


Pada kuliah yang lepas...Pn. Sharin telah menerangkan tentang evolusi web 1.0, 2.0 dan terkini 3.0.....sebagai pelajar pengurusan, pengetahuan IT kami adalah sangat terhad..jadi kami telah mencari sedikit maklumat tentang web 3.0 untuk dikongsi bersama....


Konsep web 3.0
Menurut John Markoff (2006), disebutkan tentang adanya sebuah konsep web masa depan yang merupakan arah perkembangan teknologi web selanjutnya melebihi web 2.0, iaitu web 3.0. Konsep Web 3.0 adalah smart internet experience atau intelligent internet experience. Menurut Nova Spivack perkembangan web 3.0 akan berkisar pada tahun 2010 - 2030. Beliau adalah pakar dan pioner dalam bidang semantic web. Salah satu komponen atau syarat paling penting dari konsep web 3.0 adalah semantic web.


Perbezaan Web era 1.0,2.0 dan 3.0 (Semantic Website)
Pada era web 1.0, apabila anda membuka internet browser dan mulai mencari informasi, anda akan dapati teknologi bagaikan sebuah buku raksasa, dimana anda harus mencari halaman demi halaman untuk menemukan informasi tersebut.
Pada era web 2.0, anda membuka internet browser dan mulai mencari informasi, anda dapat berkongsi maklumat, berkomunikasi dan bertukar fikiran dengan pengguna internet lain. Informasi yang diperolehi adalah lebih lengkap.Contohnya, sebelum ini ensiklopedia.com menyajikan seluruh informasi yang anda perlukan, namun kini wikipedia.com menyajikan seluruh pengetahuan yang anda ketahui kepada orang lain. Selain itu, setiap orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka pada laman tersebut dan menjadikan informasi semakin padat dan lengkap..
Kini telah muncul era web 3.0, semantic web adalah website yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat berfikir, dimana apabila kita mencari sebuah perkataan, contohnya “kuda”. Anda akan memperolehi semua informasi / data biologi tentang spesies kuda. Contohnya mainan berbentuk kuda, DVD tentang kuda, atau lainnya …
Selama ini, untuk menentukannya hanya boleh dilakukan oleh manusia. Namun pada semantic web diharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk “berpikir, menganalisis dan menentukan” informasi yang sedang dicari.


Antara ciri khas dari web 3.0:-
  • transformation, dari tempat penyimpanan yang berasingan menjadi terpusat.
  • ubiquitous connectivity, membolehkan info diakses dari pelbagai media.
  • network computing, software-as-a-service business models, Web services interoperability, distributed computing, grid computing and cloud computing;
  • open technologies, sebahagian besar informasi dapat dicapai dalam platform open source / free.
  • open identity, OpenID, seluruh info adalah bebas.
  • the intelligent web, Semantic Web technologies such as RDF, OWL, SWRL, SPARQL, GRDDL, semantic application platforms, and statement-based datastores;
  • distributed databases, database dalam bentuk WWD ( World Wide Database ).
  • intelligent applications.
Diharap info ini dapat menambah pengetahuan kita tentang dunia IT terkini...jumpa lagi...!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan