I made this widget at MyFlashFetish.com.

11 Januari 2011

5 Bahagian Dalam Sistem Informasi

Kelas kami bermula dari pukul 1:00-3:00 petang di KPU 9, FSKSM. Hari ini merupakan kuliah kami yang pertama dan dianggarkan lebih 30 orang pelajar dari FPPSM telah mendaftar subjek ini bagi seksyen 1 SCK 1413.

Topik pertama adalah berkenaan "Information Technology, The Internet & You". Pada sesi kuliah yang pertama ini, kami belajar pengenalan mengenai teknologi komputer atau teknologi maklumat (information technology). Teknologi maklumat sentiasa berubah dalam setiap saat dan waktu. Teknologi maklumat terdiri daripada 5 bahagian iaitu :
1. People (Manusia)

  • Manusia merupakan "end-user" dalam IT samada secara "direct" atau "indirect".
  • Dengan teknologi maklumat menjadikan kita lebih produktif.
  • Komputer digunakan di dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, hiburan, pelajaran dan perubatan.




2. Procedures (Prosedur-prosedur)

  • Ialah garis panduan yang perlu dipatuhi dalam pengendalian aplikasi, perkakasan dan data.
  • Prosedur-prosedur ini biasanya didokumenkan dalam buku panduan yang ditulis olen pakar-pakar komputer.
  • Selain daripada itu, pengeluar perisian dan perkakasan juga menyediakan buku panduan tentang produk-produk yang mereka pasarkan. Buku panduan ini terbitkan dalam bentuk elektronik atau cetakan.


3. Software (Perisian)
  • Sebuah program yang mengandungi langkah-langkah bagaimanakah cara sesebuah komputer itu bekerja.
  • Perisian ialah nama lain bagi program.
  • Tujuan perisian ialah untuk menukar data-data (fakta-fakta yang belum diproses) ke dalam bentuk maklumat (fakta-fakta yang telah diproses).
  • 2 jenis perisian yang utama iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.


4. Hardware (Perkakasan)
  • Peralatan yang memproses data dan mewujukan maklumat dipanggil perkakasan.
  • Ianya termasuk papan kekunci, tetikus, skrin komputer (monitor), unit sistem dan lain-lain peralatan.
  • Peralatan dikawal oleh sistem perisian.
  • Terdapat 4 jenis komputer iaitu seperti supercomputers, mainframe computers, minicomputers dan microcomputers.

5. Data

  • Data terdiri daripada data mentah, fakta-fakta yang belum diproses, nombor, imej dan bunyi dan semuanya ini dipanggil data.
  • Data yang telah diproses dipanggil maklumat.



Apakah yang dimaksudkan dengan "Connectivity and the Internet" ?
  1. "Connectivity" atau terjemaahan di dalam bahasa melayu ialah persambungan. Ia membawa maksud bagaimana keupayaan pengguna akhir atau "end users" mendapatkan sumber maklumat melangkaui jangkauan yang difikirkan melalui komputer mereka. Data-data dan sumber maklumat dapat dikongsi bersama melalui "Network" atau rangkaian yang disambungkan diantara sebuah komputer dan komputer yang lain.
  2. Revolusi wireless telah mengalami peningkatan dan bergerak secara meluas dalam alat komunikasi.
  3. Internet merupakan rangkaian komputer yang terbesar di dunia dan manakala "web" pula menyediakan sumber-sumber maklumat yang boleh diperolehi daripada internet.

Secara kesimpulanan, dengan mengetahui 5 bahagian di dalam teknologi maklumat, kami mendapat banyak informasi terkini dan ianya memberi kesedaran kepada kami tentang keperluan teknologi maklumat dalam kehidupan yang semakin canggih dan moden ini.

Di akhir kuliah, kami dipertontonkan video klip daripada youtube berkenaan WEB 1.0, WEB 2.0. KonsepWEB 1.0 ialah satu hala (one way) dan tiada interaksi berlaku manakala WEB 2.0 adalah berkenaan dengan web sosial (social web). Dengan WEB 2.0, sesiapa sahaja boleh muat turun (upload) dan ia berkonsepkan "tagging".

http://www.youtube.com/watch?v=wZoMbBzqxyc&feature=fvw


Sebelum kelas bersurai, kami diingatkan sekali lagi oleh Puan Sharin untuk membentuk sebuah kumpulan bagi blog dan tugasan sebelum hari rabu iaitu 12/01/2010. Kami telah sepakat menamakan kumpulan kami Tech M sempena diantara kami terdiri daripada pelajar Management (Technology) dan Marketing.

2 ulasan:

  1. terima kasih atas sumbangan anda. nota dan gambar yang menarik.

    BalasPadam
  2. Sama-sama, sumbangan yang tak seberapa. Harap ianya dapat membantu dalam penilaian markah untuk blog kita. Banyak yang perlu diperbaiki dan belajar.

    BalasPadam