I made this widget at MyFlashFetish.com.

15 Januari 2011

Tentang Data


Data secara umumnya mengandungi fakta-fakta mentah seperti nama pekerja, bilangan jam bekerja, nombor inventori dan sebagainya.Terdapat 2 jenis data iaitu :-
Data primer - data yang dikutip dan diperolehi secara langsung dari persekitaran semasa .Kebiasaannya data ini diproses berdasarkan prosedur tertentu.
Data sekunder – Data sedia ada yang terdapat dalam format tertentu seperti buku,laporan,dokumen,fail-fail format pdf dan sebagainya.
Terdapat beberapa jenis data seperti data alfanumerikal, data imej, data audio dan data video. Data alfanumerikal adalah data-data seperti nombor, huruf dan perkataan dan data imej adalah meliputi grafik, imej, foto, gambar, carta, rajah dan sebagainya. Manakala data audio meliputi bunyi, tone, gelombang, frekuensi, isyarat dan sebagainya yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Data video pula adalah meliputi gambar atau objek termasuk grafik bergerak, animasi dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya,data merupakan bahan mentah yang amat penting kepada organisasi yang kemudiannya boleh diproses menjadi maklumat. Tidak semua data ini diproses untuk menjadikannya sebagai maklumat bernilai kepada organisasi. Jadi, data adalah bahan mentah yang perlu melalui proses kendalian data bagi menjadikannya sebagai bahan mentah yang bernilai tinggi kepada organisasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan