I made this widget at MyFlashFetish.com.

26 Januari 2011

Perisian Aplikasi Asas (Basic Application Software)

Perisian aplikasi asas atau "basic application software" banyak digunakan dalam hampir setiap disiplin dan kerja kita. Ianya terdiri daripada "word processor", "spreadsheet", "database management system' dan "presentation graphics".

 

Word Processor @ Pemproses Kata
Membuat dokumen berasaskan teks seperti brosur, laporan, buletin, dan laman web. Di antara ciri-ciri sokongan yang lain adalah "entering', "editing" dan "formatting" teks.
Contoh perisian "word processor" adalah Word Star, Word Perfect, Microsoft Word dan Corel Wordperfect dan Apple Pages.
Perisian 'word processor" mempunyai pelbagai kegunaan samada dalam perniagaan, pendidikan dan juga kegunaan pengguna di rumah.


Spreadsheets @ Lembar Kerja
"Spreadsheets" komputer dihasilkan berdasarkan lembar kerja perakaunan tradisional yang mengandungi lembar dan lajur yang digunakan untuk mempersembah dan menganalisa data. "Spreadsheet" lebih 'streamline" dari database dan sangat berguna untuk memproses nombor. Ciri-cirinya meliputi "workbook", "worksheet", "cell", "ranges", "text and numeric entries", "formula", "functions", "charts", "recalculation" dan "what-if analysis".
Secara umumnya perisian "spreadsheets" banyak digunakan di dalam aplikasi sains dan kewangan. Sebagai contoh "spreadsheet" digunakan untuk menyimpan data akaun bank, termasuklah maklumat baki dan bunga pemegang akaun. Contoh perisian "spreadsheet" ialah IBM Lotus 1-2-3, AppleWorks dan Corel Quattro Pro.


Database Management System (DBMS)

Berfungsi dalam mengurus, menetap dan memperolehi data. Program DBMS mempunyai 5 subsistem iaitu "DBMS engine", "data definition", "data manipulation", "application generation" dan "data administration". Contoh perisian DBMS ialah Microsoft Access, Corel Paradox dan Lotus Approach.



Presentation Graphics @ Persembahan Grafik

Grafik yang digunakan adalah hasil gabungan visual bagi menghasilkan persembahan yang menarik. Ia adalah alat yang baik dengan memainkan peranan dalam memujuk dan menyampaikan mesej kepada penonton. Ciri-ciri lain yang terdapat di dalamnya ialah "colour schemes", "slide layouts", "special effects", "design templates" dan "master slides".
Contoh perisian "presentation graphics" ialah Microsoft Powerpoint, Corel Presentations dan Lotus Freelance Graphics.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan