I made this widget at MyFlashFetish.com.

10 April 2011

FUNGSI BAHASA PENGATURCARAAN


Fungsi utama Bahasa Pengaturcaraan (Programming Language) ialah untuk membenarkan Juruaturcara menyampaikan hasratnya bagi proses perkomputeran, dengan lebih mudah berbanding dengan apa yang mereka boleh lakukan dengan Bahasa Tahap Rendah atau Kod Mesin. Disebabkan tujuan ini, Bahasa Pengaturcaraan secara amnya direkabentuk untuk menggunakan sintaks tahap tinggi, yang lebih mudah difahami oleh Juruaturcara. Bahasa Pengaturcaraan adalah peralatan yang penting bagi membantu Jurutera Perisian (Software Engineer) untuk menulis Aturcara(program) yang lebih baik dengan lebih cepat.

Pemahaman terhadap Bahasa Pengaturcaraan adalah penting bagi mereka yang mendalami bidang Sains Komputer. Ini adalah kerana sebarang bentuk proses perkomputeran dilakukan dengan Bahasa Komputer. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kebanyakan Bahasa Komputer telah diperkenalkan, bersilih-ganti, dan telah diubahsuai atau digabungkan. Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk menghasilkan hanya satu Bahasa Pengaturcaraan universal yang boleh diguna untuk pelbagai tujuan, namun kebanyakan percubaan ini telah gagal. Beberapa Bahasa-bahasa Pengaturcaraan lain masih diperlukan kerana:

  • Penggunaannya yang berbeza dari segi penghasilan perisian perniagaan, sains, serta hobi.
  • Sesetengah Bahasa Pengaturcaraan tidak sesuai digunakan oleh pengguna baru, dan memerlukan kepakaran.
  • Juruaturcara mempunyai citarasa tersendiri
  • Masa larian mungkin berbeza bagi aturcara yang *dilarikan pada pengawal mikro(microcontroller), dengan aturcara yang dilarikan pada Superkomputer. *”dilarikan” di sini bermaksud melancarkan aturcara

Terdapat pelbagai Bahasa dengan fungsi khusus dan digunakan untuk situasi tertentu:

  • PHP ialah Bahasa Pengskripan yang digunakan dalam pembangunan web
  • Perl lebih sesuai untuk memanipulasi perkataan
  • Bahasa C lebih luas penggunaan dalam pembangunan Sistem Pengoperasian dan Pengkompil

Bahasa Pengaturcaraan membolehkan aturcara komputer kurang bergantung pada mesin atau persekitaran tertentu sahaja. Ini kerana Bahasa Pengaturcaraaan ditukar menjadi kod mesin untuk mesin tertentu, dan bukan dilarikan secara terus oleh mesin. Ini merupakan tujuan utama penghasilan Bahasa Pengaturcaraan FORTRAN, (salah satu daripada Bahasa Pengaturcaraan yang pertama), iaitu ketidak-bergantungan terhadap mesin.
Terdapat 2 mekanisme yang digunakan untuk menterjemah sesuatu aturcara, yang ditulis dalam Bahasa Pengaturcaraan, kepada kod mesin tertentu pada komputer:

  • Mekanisme kompilasi
  • Mekanisme Penterjemah

Mekanisme Kompilasi
Mekanisme terjemahan yang menterjemah teks aturcara secara keseluruhan dan kemudian melarikan format dalamannya. Aturcara Pengkompil menerima teks aturcara(dikenali sebagai Kod Sumber) sebagai data input, dan membekalkan kod objek sebagai output. Kod Objek yang dihasilkan adalah kod mesin yang boleh dilarikan secara terus oleh CPU komputer, atau kod yang padan dengan spesifikasi Mesin Maya(Virtual Machine)

Mekanisme Penterjemah
Mekanisme terjemahan yang menterjemah kod aturcara pada masa-larian(runtime), di mana setiap langkah yang diterjemah dilarikan terus. Penghasilan aturcara dengan cara ini biasanya dilarikan lebih lambat berbanding aturcara yang dikompil. Bagaimanapun, ianya lebih fleksibel kerana boleh berinteraksi dengan persekitaran larian. Untuk lebih lanjut, lihat Bahasa Pengaturcaraan Diterjemah(?)(Interpreted Language). Bahasa Pengaturcaraan yang mengguna cara ini dikenali sebagai Bahasa Pengaturcaraan Pengskripan.
Kebanyakan Bahasa Pengaturcaraan boleh diterjemah dengan kedua-dua cara, tetapi kebanyakannya lebih sesuai untuk salah satu cara.

Adakah korang tahu? Apa bahasa pengaturcaraan pertama di dunia?
Ia adalah LISP dan FORTRAN.. sehingga ke hari ini, 2 jenis bahasa pengaturcaraan itu masih di gunapakai oleh para programmer dan hackers elit sedunia (Terutamanya adalah LISP..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan