I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 Februari 2011

Port


Port ialah soket penyambung.Kabel menghubungkan peranti input dan output ke port.
Port ialah soket penyambung yang terletak di luar unit sistem.
Port bersiri digunakan untuk pelbagai tujuan.ia menyambung tetikus,papan kekunci,modem,dan peranti lain ke unit sistem.port bersiri menghantar data pada satu bit pada satu masa dan amat sesuai untuk menghantar maklumat pada jarak jauh.
Plot selari digunakan untuk menyambung peranti luaran yang menghantar atau menerima data yang banyak pada jaraj yang dekat.port ini biasanya menghantar serentak lapan bit data melalui lapan wayar selari.port selari digunakan untuk menyambung pencetak ke unit sistem.
Port grafik terpecut ( AGP ) digunakan untuk menyambung monitor.Ia boleh menyokong grafik berkelajuan tinggi dan input video yang lain.
Port bas bersiri universal ( USB ) dijangka akan menggantikan port bersiri dan selari.Ia laju dan satu port
USB boleh menghubungkan beberapa peranti ke unit sistem.
Port wayar api ialah jenis port yang terbaru.Ia lebih laju dari port USB dan digunakan untuk menyambungkan pencetak berkelajuan tinggi dan kamera video ke unit sistem.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan