I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 Februari 2011

Papan Induk (Motherboard)

Papan induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer. Ia merupakan sebuah papan litar yang besar dan terletak dibahagian bawah casis setiap unit setiap komputer. Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan diatasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.


KOMPONEN-KOMPONEN PADA PAPAN INDUK

Mikropemproses 
Mikropemproses atau CPU ialah sebuah cip berbentuk segiempat bujur yang dipasang pada bahagian atas sebelah kanan papan induk.  Fungsi utamanya di dalam sebuah komputer ialah memproses data dan maklumat yang diterima daripada peranti input. Kita boleh mengenalpasti cip  ini dengan memerhatikan aksara yang tertulis pada cip berkenaan yang mana menunjukkan kelajuan dan jenis litar bersepadu yang digunakan.

Slot perhubungan
Ianya terletak di bahagian belakang papan induk.  Kad-kad komputer seperti kad grafik dan kad audio akan dimasukkan ke dalam slot perhubungan ini.  Anda boleh memasangkan kad pada mana-mana slot perhubungan yang ada. Slot perhubungan ini juga dikenali sebagai bas sistem ataupun bas (bus) sahaja.  Jika anda perhatikan secara teliti, anda akan dapat melihat beberapa baris wayar atau surih pada papan induk yang menghala ke kanan dan ke kiri bermula daripada slot perhubungan. Gabungan wayar bersurih ini berserta dengan beberapa cip sokongan yang terletak berhampiran itulah yang dikenali sebagai bas sistem.

Cip memori ROM dan RAM
Cip memori ROM (Read Only Memory) ini mengandungi piawai BIOS (Basic Input/Output System). Pada sebuah komputer peribadi (PC) biasanya terdapat satu hingga lima cip ROM. Setengah komputer ada menandakan kedudukan cip ini pada papan induk. Anda juga boleh mengenalinya dengan memerhatikan cip yang bersaiz agak besar dan dipasang dibahagian tengah atau bahagian tengah sebelah kiri papan induk. Manakala cip memori (RAM - Random Access Memory) pula, boleh dikatakan paling banyak terdapat pada papan induk terutamanya pada komputer jenis Pentium.

Suis DIP
Kebanyakan komputer peribadi mempunyai suis yang dipanggil DIP yang terletak pada papan induk. Suis-suis ini digunakan untuk menetapkan maklumat sistem komputer seperti maklumat mengenai mikropemproses, ko-pemproses, bilangan pemacu cakera, jenis paparan, dan juga jumlah memori.  Biasanya terdapat dua suis DIP iaitu SW-1 dan SW-2 yang dilabelkan dan kedua-duanya terletak dibahagian bawah cip mikropemproses.

 
Pelompat (jumper)
Hampir kesemua komputer peribadi menggunakan komponen pelompat. Pelompat ini digunakan untuk menentukan jenis kad video atau kad paparan video yang anda gunakan, konfigurasi cakera keras, memori pada papan induk dan kelajuan komputer berkenaan.
 
Penyambung kuasa
Ianya terletak pada bahagian penjuru atas di sebelah kanan papan induk. Terdapat kabel berwarna yang fungsinya membawa bekalan kuasa elektrik dari unit bekalan kuasa dan disambungkan ke dalam soket yang tersedia pada papan induk ini untuk kegunaan seluruh papan induk dan komponen-komponen elektronik lain yang terletak diatasnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan