I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 Februari 2011

UNIX



Sistem pengendalian Unix pada mulanya direka bentuk untuk dijalankan pada minicomputer dalam persekitaran rangkaian.sekarang,ia juga diguna di mikrokomputer dan pelayan dalam Web.terdapat banyak versi Unix yang berlainan.satu daripadanya yang mendapat banyak perhatian ialah Linux.

Sementara Windows dan Mac OS ialah sistem pengendalian berhak mutlak(iaitu,ia kepunyaan dan dilesenkan pada satu syarikat),linux bukanlah sedemikian.Linux telah dibina oleh Linus torvalds,graduan di Universiti Helsinki pada 1991.Ia membekal sistem pengendalian tersebut secara percuma kepada orang ramai dan telah mengalak pengembangan seterusnya.


Petua Membersihkan Papan Kekunci


1. Tanggalkan.Matikan computer dan tanggalkan sambungan papan kekunci.
2. Vakum.Guna vakum atau pengering rambut untuk membuang zarah-zarah di papan kekunci.
3. Cuci kekunci.Guna kain lembut yang dilembapi dengan 90 peratus alcohol isopropyl,bersihkan secara perlahan permukaan papan kekunci.keringkan dengan berhati-hati dengan kain lembut yang lain.
4. Cuci permukaan.Guna kain lembut yang dilembapi dengan cecair pencuci,bersihkan permukaan papan kekunci.keringkan dengan kain lembut yang lain.
5. Sambung semula.Apabila kekunci dan permukaan kering sepenuhnya,sambungkan papan kekunci dan hidupkan semula.


Port


Port ialah soket penyambung.Kabel menghubungkan peranti input dan output ke port.
Port ialah soket penyambung yang terletak di luar unit sistem.
Port bersiri digunakan untuk pelbagai tujuan.ia menyambung tetikus,papan kekunci,modem,dan peranti lain ke unit sistem.port bersiri menghantar data pada satu bit pada satu masa dan amat sesuai untuk menghantar maklumat pada jarak jauh.
Plot selari digunakan untuk menyambung peranti luaran yang menghantar atau menerima data yang banyak pada jaraj yang dekat.port ini biasanya menghantar serentak lapan bit data melalui lapan wayar selari.port selari digunakan untuk menyambung pencetak ke unit sistem.
Port grafik terpecut ( AGP ) digunakan untuk menyambung monitor.Ia boleh menyokong grafik berkelajuan tinggi dan input video yang lain.
Port bas bersiri universal ( USB ) dijangka akan menggantikan port bersiri dan selari.Ia laju dan satu port
USB boleh menghubungkan beberapa peranti ke unit sistem.
Port wayar api ialah jenis port yang terbaru.Ia lebih laju dari port USB dan digunakan untuk menyambungkan pencetak berkelajuan tinggi dan kamera video ke unit sistem.

Interaksi Antara Sistem Software Dan Sistem Aplikasi

System Software and Application Interaction
This diagram shows the interaction between the system software and application software running in memory.

Kenal Pasti Perisian Komputer Tidak Sah Untuk Elakkan Kecurian Maklumat Peribadi

Bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa penipuan dalam talian, anda hendaklah mengenal pasti perisian komputer yang tidak sah yang mungkin mencuri maklumat peribadi anda tanpa anda sedari.

1. Percaya gerak hati
Periksa harga jualan dalam talian berbanding harga pasaran perisian. Jika harga produk tersebut “terlalu menarik” mungkin barang tersebut tidak sah.

2. Pastikan perisian tulen
Rasa ragu-ragu dan berhati-hati dengan produk perisian yang tidak lengkap dengan bukti atau ketulenan seperti cakera asli, selain panduan, lesen polisi perkhidmatan dan waranti. 3. Berhati-hati dengan salinan perisian
Elakkan penjual yang menawarkan untuk membuat salinan perisian anda. Ini jelas menunjukkan perisian tersebut adalah tidak sah.

4. Hindari kompilasi
Berwaspada dengan kompilasi jenis perisian daripada pengeluar yang berbeza dalam satu cakera atau CD.

5. Dapatkan maklumat mengenai penjual untuk dihubungi.

Jika anda tidak dapat menghubungi penjual selepas membuat pembelian, anda tidak dapat berbuat apa-apa jika produk tersebut didapati tiruan. Oleh itu pastikan anda mempunyai alamat penjual.

6. Simpan resit.

Cetak nombor tempahan dan pengesahan pembelian dan simpan. Maklumat in akan membantu anda pada masa akan datang, contohnya sekiranya perisian tersebut adalah palsu, terdapat penipuan dalam pembelian, sebagai bukti pembelian dan sebagainya.

7. Pastikan pembayaran dibuat dengan selamat.
Pastikan sambungan internet anda selamat untuk digunakan.

8. Fahami terma transaksi.
Dapatkan maklumat yang jelas mengenai polisi perdagangan membabitkan pemulangan dan pembayaran balik, kos penghantaran, keselamatan dan perlindungan data peribadi sebelum membuat transaksi. Yang paling penting, semak logo atau lambang syarikat yang boleh dipercayai bagi memastikan penjual dalam talian tersebut adalah sah dan terdapat bukti yang memuaskan hati daripada pelanggan terdahulu.

9. Buat penyelidikan.

Sebelum membeli, buat sebanyak mungkin kaji selidik mengenai penjual dan pembekal. Dapatkan maklumat mengenai kadaran (rating) atau maklum balas daripada pelanggan sebelumnya.

10. Tanya pakar.
Hubungi phak-pihak yang lebih mengetahui mengenai produk tersebut.


Sumber diperolehi daripada:
Siti Rizadiana Rahmat
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Papan Induk (Motherboard)

Papan induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer. Ia merupakan sebuah papan litar yang besar dan terletak dibahagian bawah casis setiap unit setiap komputer. Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan diatasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.


KOMPONEN-KOMPONEN PADA PAPAN INDUK

Mikropemproses 
Mikropemproses atau CPU ialah sebuah cip berbentuk segiempat bujur yang dipasang pada bahagian atas sebelah kanan papan induk.  Fungsi utamanya di dalam sebuah komputer ialah memproses data dan maklumat yang diterima daripada peranti input. Kita boleh mengenalpasti cip  ini dengan memerhatikan aksara yang tertulis pada cip berkenaan yang mana menunjukkan kelajuan dan jenis litar bersepadu yang digunakan.

Slot perhubungan
Ianya terletak di bahagian belakang papan induk.  Kad-kad komputer seperti kad grafik dan kad audio akan dimasukkan ke dalam slot perhubungan ini.  Anda boleh memasangkan kad pada mana-mana slot perhubungan yang ada. Slot perhubungan ini juga dikenali sebagai bas sistem ataupun bas (bus) sahaja.  Jika anda perhatikan secara teliti, anda akan dapat melihat beberapa baris wayar atau surih pada papan induk yang menghala ke kanan dan ke kiri bermula daripada slot perhubungan. Gabungan wayar bersurih ini berserta dengan beberapa cip sokongan yang terletak berhampiran itulah yang dikenali sebagai bas sistem.

Cip memori ROM dan RAM
Cip memori ROM (Read Only Memory) ini mengandungi piawai BIOS (Basic Input/Output System). Pada sebuah komputer peribadi (PC) biasanya terdapat satu hingga lima cip ROM. Setengah komputer ada menandakan kedudukan cip ini pada papan induk. Anda juga boleh mengenalinya dengan memerhatikan cip yang bersaiz agak besar dan dipasang dibahagian tengah atau bahagian tengah sebelah kiri papan induk. Manakala cip memori (RAM - Random Access Memory) pula, boleh dikatakan paling banyak terdapat pada papan induk terutamanya pada komputer jenis Pentium.

Suis DIP
Kebanyakan komputer peribadi mempunyai suis yang dipanggil DIP yang terletak pada papan induk. Suis-suis ini digunakan untuk menetapkan maklumat sistem komputer seperti maklumat mengenai mikropemproses, ko-pemproses, bilangan pemacu cakera, jenis paparan, dan juga jumlah memori.  Biasanya terdapat dua suis DIP iaitu SW-1 dan SW-2 yang dilabelkan dan kedua-duanya terletak dibahagian bawah cip mikropemproses.

 
Pelompat (jumper)
Hampir kesemua komputer peribadi menggunakan komponen pelompat. Pelompat ini digunakan untuk menentukan jenis kad video atau kad paparan video yang anda gunakan, konfigurasi cakera keras, memori pada papan induk dan kelajuan komputer berkenaan.
 
Penyambung kuasa
Ianya terletak pada bahagian penjuru atas di sebelah kanan papan induk. Terdapat kabel berwarna yang fungsinya membawa bekalan kuasa elektrik dari unit bekalan kuasa dan disambungkan ke dalam soket yang tersedia pada papan induk ini untuk kegunaan seluruh papan induk dan komponen-komponen elektronik lain yang terletak diatasnya. 

Papan Kekunci

Peranti yang selalu digunakan dan paling popular iaitu papan kekunci untuk memasukkan data. 
Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu iaitu:-
a) menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan,untuk dihantar ke cpu bergantung kepada kekunci yang ditekan.
b)  bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
c)  mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama. 
d)  menyimpan secara sementara atau “menimbal”input jika kekunci ditaip terlalu pantas.

Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada  kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.  Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip.  Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY  ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.
Bagaimana pula komputer menerima data dari kekunci?
Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan pengimbal (buffer) kekunci.  Segala yang ditaip akan disimpan dalam pengimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.
 

Input and Output

Input can be defined as any data or instructions used by a computer. Input devices translate words, images, and actions into a form a computer can process.

The most common examples of input are keyboards, pointing devices, scanning devices, image capturing devices and audio-input devices.

While for Output can be defined as data or information processed by a computer. Output devices translate procesed text, graphics, audio, and video into a form humans can understand.

The most common examples of output are monitors, printers and audio-output devices.

The System Unit

As refer to our text book written by Timothy J. O'Leary, the system unit is part of a microcomputer that contains the Central Processing Unit (CPU). Also known as the system cabinet or chassis, it is the container that houses most of the electronic components that make up the computer system.

The system unit can be divided into two which are :
1. Categories e.g. desktop, media center, notebook, netbook, tablet pc and handheld
2. Components e.g. system board, microprocessor and memory.

System Software

According to Timothy J.O'Leary, the author of Computing Essentials book, System software can be described as "Background" software that enables the application software to interact with the computer. System software consists of the operating system, utilities, devuce drivers, and language translators. It works with application software to handle the majority of technical details.

System software consists of four types which are as follows :

1. Operating systems which is software that interacts between application software and the computer, handling such details as running program, storing and processing data, and coordinating all computer resources, including attached peripheral devices. The examples are Windows 7, windows Vista and Mac OS X.
2. Utlilities - Performs specific tasks related to managing computer recources of files. The examples is Norton utility for virus control.
3. Device drivers are the devices that are connected to the computer and has a special program associates with it.
4. Language translators that converts programming instructions into a machine language that can be processed by a computer.

08 Februari 2011

Perisian Aplikasi Khusus (Specialized Application Software)


Adalah program yang memberi fokus kepada sesuatu pekerjaan atau disiplin yang khusus. Diantara contoh-contoh yang terkenal adalah seperti multimedia, web authoring, graphics, virtual reality dan artificial intelligence.

MULTIMEDIA

Teknologi yang boleh menggabungkan pelbagai jenis media ke dalam sebuah bentuk persembahan @ presentation seperti video, muzik, suara, grafik dan juga teks.


WEB AUTHORING

Sebuah applikasi untuk mencipta atau membuat laman web.


VIRTUAL REALITY

Peralatan interaktif "sensory" seperti penutup kepala dan sarung tangan yang membolehkan pengguna mengalami pengalaman realiti alternatif yang dihasilkan dalam bentuk 3-D oleh komputer sehingga kita berasa di dalam dunia sebenar.


ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)

Sebuah bidang dalam ilmu komputer yang cuba untuk membangunkan sistem komputer yang boleh meniru atau mensimulasikan proses pemikiran dan tindakan manusia.